• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Pulau Pinang Bidas Kertas Peperiksaan Zakir Naik

oleh
30/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor hari ini menyarankan supaya pengurusan universiti lebih bertanggungjawab dengan sentiasa memantau silabus pengajaran termasuk soalan-soalan peperiksaan sebelum dimuktamadkan.

Beliau berkata ia bagi memastikan tiada elemen negatif seperti yang tular dalam media sosial mengenai soalan peperiksaan subjek Hubungan Etnik Universiti Malaysia Perlis (UMP) yang menggelar penceramah kontroversi dari India, Dr. Zakir Naik sebagai ikon dunia Islam.

Jelas beliau, sentimen taksub kepada tokoh tertentu tidak harus dibiarkan menerjah masuk ke dalam dunia pendidikan kerana boleh meracuni pemikiran pelajar dan mengeruhkan suasana dalam hubungan sesama warganegara.

“Terus terang saya mengaku, saya adalah salah seorang pengagum Dr Zakir Naik sebagai seorang tokoh intelektual yang luar biasa dan seorang pendakwah Islam kontemporari yang amat berwibawa. Kebolehan beliau dalam berhujah untuk menegakkan keyakinannya kepada agama Islam tidak perlu dipertikaikan lagi.

“Namun kekaguman ini tidak seharusnya mendorong kepada melakukan tindakan tidak rasional sehingga hilang kepekaan kepada keperluan memupuk serta memelihara hubungan baik dan harmoni antara masyarakat Malaysia berbilang kaum dan berbeza dari sudut agama, etnik dan budaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tangkap layar itu yang dimuat naik Naib Presiden MIC, Sivarraajh Chandran di Facebook semalam memaparkan soalan yang terkandung dalam kertas peperiksaan modul Hubungan Etnik UMP.

Soalan itu berbunyi: “Zakir Naik merupakan salah satu ikon dalam dunia Islam, beliau banyak berjasa dalam menyebarkan Islam yang sebenar dan mengikuti al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Beliau mampu berhujah dan mampu menjawab setiap pertanyaan yang diajukan kepadanya dengan baik. Namun begitu di Malaysia, beliau tidak lagi dibenarkan untuk menyampaikan dakwah. Pada pendapat anda sebagai rakyat Malaysia, mengapakah hal ini boleh berlaku?”

Jawapan pelbagai pilihan disediakan kepada pelajar dengan alasan berikut:

1) Rakyat Malaysia yang malas mengambil tahu.

2) Rakyat Malaysia yang mudah rasa terancam tanpa usul periksa.

3) Rakyat Malaysia yang bersifat menuruti sahaja tanpa usul periksa.

4) Rakyat Malaysia yang bodoh tentang agama masing-masing.

Menurut Wan Salim, institusi pendidikan tinggi diharap dapat berperanan ke arah menyatupadukan rakyat, bukan sebaliknya iaitu mendorong kepada perpecahan dan permusuhan antara mereka. – FMT

Tags: Kertas PeperiksaanMufti Pulau PinangUMPZakir Naik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMP Memperluas Kerjasama Dalam Memasyarakatkan TVET

07/06/2022
0

Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan terus memperkukuhkan peranannya sebagai universiti teknologi dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) sebagai usaha mengangkat...

Hina Zakir Naik: K Senthivelu Akan Dipanggil Polis

06/01/2020
0

SEREMBAN - Polis akan memanggil Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), K Senthivelu bagi membantu siasatan susulan lima laporan yang diterima...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd