• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Kecewa Polis Halang Persidangan Dong Zong

oleh
30/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tindakan polis menggunakan mahkamah bagi menyekat persidangan isu tulisan jawi di sebuah kolej di Kajang, Khamis lalu, tidak selari dengan dasar Malaysia Baharu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pihaknya kecewa dengan polis yang tidak bertindak adil apabila menghalang penganjuran persidangan terbabit.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pihaknya percaya kebebasan bersuara adalah seiring dengan semangat Malaysia Baharu, maka tiada sebab persidangan anjuran Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dihalang.

“Contoh seperti penganjuran Kongres Maruah Melayu yang dibenarkan penganjurannya maka ia (persidangan tulisan jawi) harus dibenarkan.

“Mungkin ada pihak tidak bersetuju dengan pandangan ini namun saya juga mahu jelaskan tulisan jawi akan diperkenalkan secara pilihan…bukannya seperti dulu iaitu wajib. Ia akan diputuskan oleh ibu bapa.

“Akan ada pihak tidak setuju tetapi ini adalah salah satu aspek Malaysia Baharu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Festival LIFT Putrajaya 2019 di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, perkara itu dijadikan isu yang kononnya merunsingkan negara oleh pihak yang memutarbelitkan fakta dan dimainkan pihak tertentu.

Beliau berkata, perkara terbabit akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang selepas pelbagai perkembangan baharu terjadi membabitkan isu terbabit.

“Saya melihat isu ini menjadi mainan talam dua muka oleh parti politik untuk mewujudkan suasana tegang.

“Perkembangan terbaru ini akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang,” katanya.

Jumaat lalu, BH melaporkan persidangan isu tulisan jawi anjuran Dong Zong di Kajang keesokannya, dibatalkan selepas mendapat perintah mahkamah.

Ahli Jawatankuasa Dong Zong, Low Chee Chong, dilaporkan berkata pihaknya akur dengan larangan mahkamah.

Sebelum ini, pelbagai pihak tampil mendesak Dong Zong membatalkan hasrat persekutuan itu dalam menganjurkan kongres isu pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.

Desakan dibuat susulan tindakan Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) mahu meneruskan kongres isu pembelajaran tulisan jawi itu.

Lebih 100 pertubuhan Cina di seluruh negara menyatakan persetujuan untuk hadir dan menegaskan persidangan terbabit tidak menyentuh isu perkauman, sebaliknya menjurus kepada aspek pendidikan di sekolah.

Kerajaan sebelum ini mengingatkan penganjuran kongres oleh Dong Zong bagi membantah pengenalan pembelajaran jawi di sekolah vernakular boleh mencetuskan kekacauan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan kebimbangan tindakan Dong Zong itu akan menyebabkan pihak tertentu bertindak balas. – BH Online

Tags: DAPDong ZongLim Guan Engpolissekolah cinatulisan Jawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd