• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farkhan Lakar Sejarah Julang Tali Pinggang Antara Benua IBF

oleh
30/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Petinju profesional negara, Muhammad Farkhan Haron melakar sejarah, apabila berjaya menjulang tali pinggang Juara Antara Benua Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF), dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) 2019, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, malam ini.

Muhammad Farkhan menewaskan petinju Tanzania, Pascal Abel Ndomba menerusi pukulan ‘teknikal knock out’ (TKO) pada pusingan ketujuh, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalahnya selepas 11 perlawanan.

Pukulan padu Muhammad Farkhan itu turut menyebabkan Ndomba rebah, sekali gus menarik diri daripada meneruskan perlawanan.

Pertarungan yang sengit itu menyaksikan petinju berasal dari Johor itu, terus mempertahankan gelarannya bagi Juara Asia Kelas Cruiserweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) dan Kelas Light Heavyweight Majlis Tinju Dunia (WBC).

Muhammad Farkhan ketika ditemui selepas pertarungan itu berkata, beliau tidak menyangka pertarungannya itu akan berakhir awal, memandangkan Ndomba agak agresif dan memberikan saingan yang sengit.

“Pada pusingan pertama dan kedua, Ndomba agresif… kemudian pusingan keempat dan kelima saya cuba untuk beri tentangan.

“Tetapi pada pusingan ketujuh saya tidak pasti tumbukan mana yang mengena, kerana sebagai petinju kita akan tumbuk apa yang boleh, terlalu pantas… Alhamdulillah saya masih ‘undefeated’, ‘untouchable’,” katanya.

Beliau dalam masa sama menjelaskan, walaupun Ndomba tiba lewat bagi sesi timbangan semalam, ia bukanlah alasan pemain itu tidak dapat memberikan persaingan yang terbaik.

“Kita ada di sini, kami berdua mempunyai persediaan yang baik dan latihan …jadi pada saya, menang adalah menang dan kalah adalah tetap kalah,” katanya.

Tags: IBFJIBC 2019Muhammad Farkhan Haronpetinju negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd