• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Produk Kosmetik Ada Racun Berjadual

oleh
24/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan menggesa orang awam tidak membeli dan menggunakan lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

Lima produk berkenaan ialah Natural Plant Skin Refining Moisturizer Cream yang dikesan mengandungi miconazole, Sparkle Moon Night Cream (mengandungi merkuri dan betamethasone 17-valerate), V3 Premier Beauty Facial Night Cream dan Brilliant Skin Essentials Rejuvenating Facial Toner (masing-masing mengandungi hydroquinone) dan Brilliant Skin Essentials (mengandungi hydroquinone dan tretinoin).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata notifikasi produk kosmetik berkenaan sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalamnya sekali gus tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

“Produk yang mengandungi miconazole, betamethasone valerate, hydroquinone dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

“Penggunaan produk yang mengandungi bahan berkenaan tanpa pengawasan profesional kesihatan dan secara tidak terkawal boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya serta-merta manakala penjualan dan pengedaran produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda hingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda hingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan buruk.

Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesan sampingan bagi anti-fungal (miconazole) yang diguna secara tidak terkawal boleh meningkatkan risiko kerintangan dan seterusnya mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan pada masa hadapan.

“Betamethasone valerate pula boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

“Pada masa sama, hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit,” katanya.

Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

“Merkuri pula dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan malah, ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf.

“Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya.

Tags: KKMProduk KosmetikRacun Berjadual
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

19/05/2026
0

PETALING JAYA, 19 Mei 2026 – Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, ramai ibu hamil mungkin tidak menyedari bahawa...

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd