• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Disyaki Cabul Budak Di Tandas Surau Serah Diri

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Lelaki disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di tandas Surau Al-Ikhlas Zon Mawar, di sini, 13 Disember lalu, menyerah diri kepada pihak berkuasa, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata suspek berusia 31 tahun yang bekerja sebagai kelindan lori, tampil di Balai Polis Bedong kira-kira jam 3 petang.

“Suspek menyerah diri dan mengaku melakukan jenayah cabul terhadap kanak-kanak perempuan berkenaan.

“Sebelum ini, polis melakukan dua serbuan ke atas rumah suspek di Bedong tetapi lelaki itu tiada di rumah dipercayai melarikan diri sejak video perlakuannya tersebar,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sehelai baju berwarna biru gelap tertera ‘Keluarga’ dipercayai dipakai suspek ketika kejadian.

Susulan itu, katanya, suspek akan direman di Mahkamah Majistret Sungai Petani, pagi ini.

Kejadian kira-kira jam 6.30 petang berlaku ketika mangsa sedang bermain bersama sepupunya di taman permainan bersebelahan surau terbabit.

Suspek kemudian didakwa memanggil mangsa kononnya untuk melihat sesuatu di dalam tandas surau sebelum memeluk dan mencabul kanak-kanak itu. – BH Online

Tags: kanak-kanakkes cabul
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd