• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Fokus Wajibkan CRS Pada Kenderaan Persendirian

oleh
20/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan pada masa ini tidak mempunyai perancangan untuk mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau ‘Child Restraint System’ (CRS) pada medium kenderaan lain termasuklah bas dan ambulans.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, buat masa ini kementerian hanya memberi fokus pada kereta persendirian sahaja.

“Dalam jangka masa panjang, kita harap ia dapat diperluaskan pada jenis kenderaan yang lain namun pada masa kini dan sebagai fasa pertama ini, kita hanya mahu mewajibkan kepada kereta persendirian terlebih dahulu.

“Ini kerana untuk melaksanakan langkah baharu, ia bukan mudah dan memang sukar… maka kita mahu menjayakan langkah yang dibuat untuk kereta persendirian ini dan kemudiannya kita akan melihat sejauh mana keberkesanan langkah tersebut,” katanya kepada Bernama di Ibu Pejabat agensi berita itu ketika ditanya mengenai pelan masa hadapan penggunaan CRS, contohnya di dalam ambulans dan bas.

Berhubung isu harga CRS yang dikatakan agak mahal hinggakan menjadi kerisauan orang ramai, Anthony berkata, ia akan mengalami penurunan harga apabila berlakunya peningkatan permintaan dan juga penawaran.

“Kita akan ambil langkah bagi mengurangkan kos untuk memiliki CRS termasuklah penglibatan daripada pihak swasta… namun sudah tentu apabila kita mewajibkan peraturan ini maka akan mewujudkan pasaran yang besar sebab setiap orang memerlukan kerusi ini dan kita akan lihat penurunan harga dan penawaran yang banyak,” katanya.

Tags: bayiCRSkanak-kanakkerusi keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd