• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2020 Bakal Jadi Mimpi Ngeri Buat Rakyat – Ismail Sabri

oleh
20/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Rakyat mengharapkan tahun 2020 menjadi sinar buat mereka, namun sebaliknya ia disifatkan bakal menjadi mimpi ngeri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perubahan positif yang rakyat harapkan daripada kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dilihat terus malap dan hanya menjadi mimpi indah yang tidak mungkin menjadi kenyataan.

Menurutnya, keadaan diburukkan lagi apabila semua perkara yang membabitkan institusi Melayu dan Bumiputera terus merudum.

“Jika kita lihat, bukan sahaja dividen Tabung Haji mencatat sejarah paling rendah iaitu 1.25 peratus, dividen Tabung Angkatan Tentera (LTAT) juga mencatat sejarah yang sama, dianggap paling rendah sejak 1973 iaitu cuma 2.0 peratus.

“Kini dividen ASB 2019 pula menerima nasib yang sama apabila diumumkan hanya 5.5 peratus.

“Pengumuman tersebut ternyata mengecewakan pencarum khususnya mereka yang membuat pinjaman untuk mencarum. Kerana apa, kerana mereka terpaksa membayar ‘interest’ yang jauh lebih tinggi daripada dividen yang diperolehi,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO itu turut memberikan contoh pengiraan bagaimana pencarum yang tidak dapat merasai hasil caruman, sebaliknya terbeban membayar kerugian daripada pinjaman dibuat.

“Sekiranya pinjaman dibuat berjumlah RM100,000 (pinjaman 20 tahun), pencarum terpaksa membayar anggaran bulanan sebanyak RM660. 12 bulan ia akan menjadi RM7,920 tetapi dividen yang diperoleh bagi tahun ini hanyalah sebanyak RM5,500.

“Bukan sahaja pencarum tidak dapat merasai hasil caruman mereka, mereka dibebankan pula untuk membayar kerugian daripada pinjaman yang dibuat,” katanya.

Katanya, dalam keadaan ekonomi semakin buruk sehingga ada juga yang hilang punca pencarian kerana dibuang kerja seperti pekerja di kumpulan Media Prima yang melibatkan agensi NST, Berita Harian, Metro dan TV3, maka sudah pasti dividen ini diharapkan untuk meringankan beban mereka dalam membuat persediaan persekolahan.

“Sayangnya, satu-satunya harapan mereka ini turut berkecai dan dividen terburuk dalam sejarah ini, sekali gus membuktikan bahawa kedudukan ekonomi negara di bawah pentadbiran PH semakin kritikal.

“Sudahlah kos sara hidup semakin menghimpit, cukai pula semakin menaik dan lebih membebankan apabila 2020 bakal menyaksikan semakin banyak cukai bakal diperkenalkan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: 2020EkonomiIsmail Sabripakatan harapanRakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor membantah penambahan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, sebaliknya mencadangkan Suruhanjaya Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd