• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senarai Penerima PSP Dijangka Dikeluarkan Pada Februari

oleh
19/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dijangka mengeluarkan senarai muktamad penerima Program Subsidi Petrol (PSP) pada Februari depan.

Timbalan Menteri berkenaan Chong Chieng Jen berkata, pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat kementerian berkenaan menerusi satu kenyataan rasmi setelah pemurnian data itu selesai dilaksanakan.

“Berdasarkan data yang diterima daripada program Bantuan Sara Hidup (BSH) dan disilang semak mengikut data pemilik kenderaan yang diterima daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sejumlah 2.9 juta individu layak menerima bantuan daripada program ini.

“Sementara itu, 346,491 penerima PSP yang layak telah menyemak dan/atau mengemas kini maklumat akaun bank mereka manakala 480,317 individu yang tidak layak telah mengemukakan rayuan melalui portal PSP,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datin Rahimah Mahamad yang ingin tahu jumlah berdaftar penerima PSP dan jumlah permohonan rayuan yang diterima bagi memuktamadkan jumlah sebenar penerima subsidi yang layak dalam PSP.

Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Stampin berkata pada masa ini kementerian itu sedang melaksanakan semakan maklumat rayuan yang diterima dengan data daripada program BSH, JPJ dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Katanya, tempoh semakan dan rayuan bagi PSP dilakukan melalui portal PSP iaitu sp.kpdnhep.gov.my yang dijalankan pada 15 Oktober hingga 30 November lepas.

Tags: KPDNHEPPSPsubsidi petrol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

21/10/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membanteras pengedaran cetak rompak secara fizikal melibatkan 531 kes...

KPDNHEP Lancar 3 Logo Baharu Barangan Buatan Malaysia

KPDNHEP Lancar 3 Logo Baharu Barangan Buatan Malaysia

14/10/2022
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan tiga kategori logo barangan buatan Malaysia yang baharu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd