• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Ikat Jamin Tertuduh Kes LTTE Ditolak

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AYER KEROH – Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menolak permohonan jaminan terhadap tiga individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkait siasatan berhubung kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), November tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu terhadap kesemua tertuduh iaitu ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaren, 60; ADUN Gadek G Saminathan, 34, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), S Chandru, 38.

Elesabet berkata, antara sebab adalah tuduhan berkaitan keselamatan negara selain peguam gagal untuk menimbulkan merit dan keadaan-keadaan khas mengapa jaminan diperlukan oleh semua tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muzila Mohamed Arsad dan Hayatul Wirdah Mohd, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam, Ramkarpal Singh.

Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada 1 November lalu membenarkan permohonan 12 individu termasuk dua ADUN yang didakwa berhubung kumpulan pengganas LTTE untuk merujuk isu perlembagaan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Ramkarpal yang membuat permohonan itu di tiga Mahkamah Sesyen berasingan sebelum itu.

Dalam keputusannya, Rozina menyatakan terdapat merit dalam permohonan pihak pembelaan mengikut Seksyen 13(2) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi merujuk isu perlembagaan berhubung jaminan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 10 Oktober lalu, dua ADUN masing-masing dari Melaka dan Negeri Sembilan antara tujuh individu ditahan mengikuti Akta SOSMA selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE.

Dua hari kemudian, polis menahan lima lagi individu selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan yang diklasifikasikan sebagai pengganas di Malaysia sejak 2014. – BH Online

Tags: ADUN DAPLTTEpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

21/08/2026
0

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka mengemukakan permohonan bagi beberapa projek penambahbaikan bernilai keseluruhan kira-kira RM2 juta...

Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen

Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen

22/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  SEREMBAN – Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mempersoalkan keputusan DAP dan Pakatan Harapan (PH) membawa Hew Kuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd