• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO: Lelaki Bogel Terjun Di Tingkap Istana Buckingham..!

oleh
07/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Sekumpulan pelancong terkejut apabila terlihat seorang lelaki bogel sedang berusaha menuruni permukaan dinding Istana Buckingham dengan hanya menggunakan sambungan kain cadar, lapor media tempatan pada Isnin.

Kejadian menggemarkan warga London itu turut sensasi apabila tersebar menerusi laman Youtube dan insiden tersebut dirakamkan di kawasan Constitution Hill, di luar Green Park ketika jadual pertukaran pengawal pintu pagar diraja berlangsung.

Sewaktu kamera video amatur tersebut membuat zoom atau memperbesarkan pemandangan bangunan istana Ratu Elizabeth II itu, tampak ada seseorang bertelanjang bulat sedang keluar dari jendela dengan cadar yang disambung seperti tali panjang.

Anehnya, walaupun lelaki berbogel itu hanya beberapa meter jarak jauhnya, pengawal istana kelihatan sama sekali tidak menyedari apa yang berlaku tepat di atas mereka ketika sesi bertukar jadual tugas yang popular dalam kalangan pelancong.

Lelaki misteri tersebut dilihat secara perlahan-lahan menurunkan dirinya dengan tali cadar selama beberapa saat tetapi kemudian selepas 3 meter, dia tiba-tiba hilang pegangan dan terjatuh ke tanah yang berjarak kira-kira 6 meter di bawahnya.

Uniknya, di sebalik insiden itu, tiada seorang pun pegawai istana atau pengawal diraja dilaporkan segera memberikan bantuan kecemasan sebaliknya, rakaman video tersebut cuma menunjukkan beberapa pelancong tergamam melihat ‘drama’ tersebut.


Bagaimanapun video berdurasi 45 saat itu dipercayai palsu hasil teknik penggambaran yang cukup rumit apabila media Britain melaporkan, pihak Istana Buckingham sendiri enggan mengesah atau menafikan penyebaran video kejadian pelik tersebut.

Keadaan menjadi lebih misteri apabila jurucakap polis Metropolitan London menjelaskan, mereka tidak pernah menerima apa-apa laporan mengenai kes lelaki telanjang ‘bergayut’ dan terjunam di luar jendela istana bersejarah itu.

Perkhidmatan ambulans London juga mengatakan, mereka tidak menerima sebarang panggilan kecemasan untuk merawat pesakit bogel yang luka parah disebabkan terjun dari tali yang diperbuat daripada kain cadar. – Agensi

Tags: BuckinghamistanaLondonPelancongratu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd