• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Harap Dapat Lihat Bangunan Pertama Di Bandar Malaysia

oleh
17/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – “Saya berharap bangunan pertama atau fasa pertama projek Bandar Malaysia ini disiapkan secepat mungkin malah saya sendiri mengarahkan mereka segera memulakan pembinaan kerana mahu melihatnya dengan mata kepala sendiri. Dua puluh tahun lagi, saya sudah tiada di sini.”

Itu kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ditanya bilakah fasa pertama projek pembangunan terbesar di pusat bandar Kuala Lumpur itu akan siap.

Projek selama 20 tahun di atas tapak Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Jalan Sungai Besi itu dihidupkan semula melalui Perjanjian Pemulaan Semula Kerangka Bandar Malaysia yang dimeterai hari ini disaksikan Mahathir sendiri bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Di bawah kerangka terbaharu ini, pihak pemaju perlu mematuhi beberapa syarat antaranya menyediakan 10,000 unit rumah mampu milik berbanding 5,000 unit sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri, rumah-rumah berkenaan akan dibina di dalam kawasan Bandar Malaysia itu sendiri dan bukannya di lokasi lain yang tidak mampu menarik minat pembeli seperti sebelumnya.

“Kita mahu berkongsi pembangunan ini bersama-sama.

“Kita tidak mahu ianya hanya eksklusif kepada golongan kaya dan bagi membangunkan rumah-rumah mampu milik ini, sebahagian daripada kosnya mungkin disubsidi daripada projek pembangunan yang lebih mewah,” katanya semasa sidang media selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian di antara TRX City Sdn. Bhd. (TRXC) dengan IWH-CREC, sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Bhd. (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn. Bhd. (CREC).

IWH-CREC akan memiliki 60 peratus kepentingan dalam pemaju induk projek berkenaan, Bandar Malaysia Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat TRXC.

TRXC adalah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Untuk itu, IWH-CREC perlu membayar RM7.41 bilion bagi memiliki 60 peratus kepentingan tanah yang bernilai RM12.35 bilion itu dalam tempoh tiga tahun berbanding tujuh tahun mengikut perjanjian terdahulu.

Konsortium itu juga perlu menjelaskan deposit sebanyak RM741 juta berserta pembayaran awal sebanyak RM500 juta.

Pembahagian dividen mengikut perjanjian terbaharu ini adalah 50 peratus milik konsortium dan 50 peratus milik TRXC (kerajaan) berbanding 60:40 sebelum ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir berkata, kerangka semula Bandar Malaysia itu mengambil kira dasar-dasar kerajaan yang mahukan projek pembangunan mega adalah bersifat rakyat di samping mampu menambah nilai besar kepada ekonomi negara sejajar dengan falsafah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Projek Bandar Malaysia juga katanya, mampu mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan perdagangan yang telah terjalin setelah sekian lama di antara Malaysia dan China.

Tambahnya, projek tersebut diharapkan dapat menjadi hab kepada syarikat-syarikat multinasional untuk mengembangkan operasi ke seluruh Asia Tenggara.

Tags: Bandar MalaysiaMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd