• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Bidas Rancangan Dong Jiao Zong Bantah Tulisan jawi

oleh
17/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas perancangan Dong Jiao Zong untuk mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember bagi membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.

“Tak ada sebab kenapa tulisan Jawi tidak boleh diperkenalkan di sekolah vernakular walhal garis panduan pelajaran tulisan Jawi sudah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

“Persidangan protes tulisan Jawi ini memalukan dan menghina seni tulisan dan budaya orang Melayu dan Malaysia secara terbuka,” tegas beliau dalam kenyataan menerusi Facebooknya malam tadi.

Ismail Sabri yang juga Ketua Pembangkang turut mempersoalkan kenapa kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih lagi berpeluk tubuh sedangkan pertubuhan Dong Jiao Zong layak diharamkan.

“Masih layakkah PH mengemudi kerajaan setelah perpaduan di negara ini makin hari makin diuji.

“Tidakkah tindakan boleh diambil terhadap Dong Jiao Zong di atas kelakuan mereka yang boleh menimbulkan rasa sakit hati antara rakyat.

“Kita juga bimbang takut-takut ada tindak balas daripada kalangan orang Melayu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak polis dapat menghentikan persidangan berkenaan bagi memastikan keamanan negara ini dapat dikekalkan. – Sinar Harian

Tags: cinaDong Jiao ZongIsmail Sabri Yaakobtulisan JawiUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd