• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Prima Jamin Pampasan Secara Adil, Ikut Undang-Undang

oleh
16/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Media Prima Berhad (Media Prima) akan memastikan pampasan terhadap pekerjanya yang terlibat dalam pemberhentian dilakukan secara adil dan saksama seperti tertakluk di bawah akta kerja, perjanjian bersama kesatuan masing-masing dan kontrak pekerjaan.

Syarikat itu dalam kenyataan memaklumkan pembayaran pampasan terhadap pekerja syarikat The New Straits Times Press Malaysia (NSTP) dibuat secara penuh selepas proses dalaman dan kawal selia selesai.

Menurutnya, notifikasi rasmi sudah diberikan kepada semua kakitangan yang terlibat pada hari ini.

“Syarikat juga akan menyediakan khidmat sokongan kepada kakitangan termasuk perkhidmatan penempatan keluar dan kaunseling kerjaya,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Media Prima, struktur operasi baharu serta senarai nama kakitangan terlibat ditentukan selepas beberapa sesi perundingan dengan Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (KSKSTMB) dan Kesatuan Eksekutif Sistem Televisyen Malaysia Berhad (KESTMB).

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) Cawangan NSTP dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar (NUNW) Cawangan NSTP turut terlibat dalam perundingan itu.

Media Prima juga memaklumkan pihaknya akan memulakan pelaksanaan pelan rasionalisasi tenaga kerja yang merupakan sebahagian daripada fasa transformasi perniagaan seterusnya seperti yang diumumkan pada 1 November lalu.

“Fasa seterusnya adalah pelaksanaan transformasi perniagaan Media Prima termasuklah penukaran model perniagaan dan penstrukturan dalaman bagi membolehkan syarikat lebih berdaya saing dan mampan di masa hadapan, berikutan suasana makro ekonomi yang tidak menentu dan gangguan perubahan landskap media global dan domestik,” katanya.

Terdahulu Pengerusi NUJ NSTP, Farah Marshita Abdul Patah dalam kenyataan memaklumkan, seramai 543 pekerja syarikat NSTP terdiri daripada wartawan dan jurugambar akhbar Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times (NST) terlibat dalam pemberhentian membabitkan tempoh akhir pada 12 Mac 2020.

Jumlah tersebut juga membabitkan ahli NUJ iaitu 193 orang sekali gus menjadikan hanya 143 ahli yang kekal daripada jumlah keseluruhan ahli iaitu seramai 336 orang. – Sinar Harian

Tags: media primaNew Straits Times PressNSTP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

E-Akhbar Terbitan NSTP Tarik Minat Ismail Sabri

05/06/2022
0

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tertarik dengan E-Akhbar terbitan The New Straits Times Press (NSTP) yang...

2 Pilihan Untuk Kakitangan Media Prima Diberhentikan

17/12/2019
0

PUTRAJAYA - Kakitangan Media Prima Bhd. yang terbabit dalam pemberhentian kerja mempunyai dua pilihan untuk mempertahankan hak mereka, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd