• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota JPJ Rempuh 5 Kenderaan Selepas Disyaki Samun OKU

oleh
14/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi merempuh beberapa kenderaan selepas dikejar sekumpulan penunggang motosikal kerana disyaki menyamun orang kelainan upaya (OKU) di Jalan Changkat, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang, suspek berusia 25 tahun yang juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan, merempuh 5 kenderaan sepanjang Jalan Pudu untuk melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Zulkefly Yahya berkata berdasarkan keterangan saksi, lelaki terbabit dikatakan menolak lelaki OKU keluar daripada keretanya.

“Saksi yang melihat kejadian itu bertindak mengejar suspek serta meminta suspek memberhentikan kenderaan namun suspek terus melarikan diri dan melanggar beberapa kenderaan sebelum dia ditahan oleh orang awam di Jalan Brunei Utara pada 5.20 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiada individu yang cedera dalam kejadian itu dan lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Dua rakaman video berdurasi 1 minit 29 saat dan 23 saat yang memaparkan suspek memandu Perodua Myvi merempuh beberapa kenderaan tular di laman sosial sejak semalam.

Tags: Anggota JPJkes samunOrang Kelainan Upaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd