• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Benar Najib Periksa Dokumen Justo Serah SPRM

oleh
13/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memeriksa dokumen diserahkan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd., Xavier Andre Justo kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam mewakili Najib (pemohon), Al Firdaus Shahrul Naing dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Dalam keputusannya, Collin berkata, mahkamah membenarkan pihak pembelaan mendapatkan dokumen dan memerintahkan pendakwaan menyerahkannya dalam masa tiga minggu.

“Pihak pembelaan boleh memeriksa dokumen itu melalui pasukan pendakwaan dalam tempoh tiga minggu dari hari ini.

“Ini kerana mahkamah mendapati terdapat asas mencukupi bahawa dokumen itu relevan dengan pemohon dan pembelaannya.

“Bahan yang dicari adalah berkaitan pertuduhan dalam perbicaraan 1MDB,” katanya.

Sri Ram kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan menyerahkan pemacu komputer mengandungi 17,000 dokumen berkaitan 1MDB yang dikehendaki kepada pembelaan.

Collin sehubungan itu menetapkan 7 Januari depan untuk pengurusan kes perbicaraan 1MDB dihadapi Najib.

Pada 16 Oktober lalu, Najib, 66, memfailkan notis usul dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Najib membuat permohonan berkaitan ketika prosiding perbicaraan kes rasuah dihadapinya membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Dalam permohonan itu, Najib memohon perintah mahkamah untuk memaksa pihak pendakwaan atau mana-mana entiti lain yang memiliki, menjaga dan mengawal dokumen diserahkan Justo kepada SPRM berkaitan usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International Ltd., sama ada dalam bentuk fizikal atau dimuat turun daripada peranti storan digital, untuk diperiksanya.

Najib antara lain memohon mahkamah memaksa pihak pendakwaan atau mana-mana entiti lain yang memiliki dan mengawal dokumen berkenaan untuk menyerahkannya kepada beliau.

Beliau memfailkan permohonan itu atas alasan dokumen dimohon adalah relevan dan dapat membantu pembelaan pemohon, yang mungkin sudah digugurkan atau ditahan daripada dikeluarkan yang bercanggah dengan Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah.

Najib berkata, pemeriksaan atau pengeluaran dokumen itu tidak bercanggah dengan kepentingan awam dan sebaliknya tidak mendedahkan serta menolak untuk ia diperiksa adalah menafikan hak pemohon mendapat perbicaraan adil. – BH Online

Tags: 1MDBNajib Tun RazakSPRMXavier Andre Justo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Komunis Tidak Layak Diagung-Agungkan – PVATTBM

Next Post

6 Pertubuhan Tidak Berdaftar Terbabit Perhimpunan PKM – KDN

Related Posts

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

07/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Tiga pegawai kepada seorang menteri kanan dipercayai telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini,...

Next Post

6 Pertubuhan Tidak Berdaftar Terbabit Perhimpunan PKM - KDN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd