• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Wajib Lapor Nama Pemilik Bermanfaat Tahun Depan

oleh
13/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melaksanakan garis panduan baharu yang mewajibkan semua syarikat berdaftar memberikan maklumat mengenai pemilik bermanfaat (BO) masing-masing, mulai tahun depan.

Jika gagal berbuat demikian, syarikat boleh dikenakan kompaun sehingga RM50,000, selain tindakan turut dikenakan terhadap individu terbabit yang gagal mengemukakan laporan mengenai BO berkenaan.

BO adalah orang yang mendapat manfaat daripada keuntungan sesebuah syarikat walaupun penama syarikat orang lain.

Pengarah Bahagian Pembangunan Pengawalseliaan dan Perkhidmatan SSM, Norhaiza Jemon, berkata pihaknya akan memberi tempoh enam bulan kepada syarikat untuk mematuhi peraturan baharu itu selepas dilaksanakan, selewat-lewatnya hujung suku pertama tahun depan.

“Kita akan ambil pendekatan untuk membimbing mereka dahulu sebab kita tahu mungkin ada maklumat yang susah didapati terutama jika pemegang saham itu berada di luar negara.

“Justeru, kita perlu memastikan syarikat betul-betul faham mengenai garis panduan ini sebelum tindakan undang-undang diambil,” katanya kepada media selepas menjadi panel pada forum “Pendedahan Rasuah Melalui Ketelusan Pemilikan Bermanfaat” di sini, hari ini.

Norhaiza berkata, ketika ini, lebih 700,000 syarikat yang aktif di negara ini dan kebanyakan mereka mengisytiharkan BO melalui laporan tahunan.

“Persoalannya sama ada maklumat itu tepat sebagaimana yang kita berikan dalam garis panduan. Jadi, cabaran untuk kita adalah memastikan BO itu benar-benar tepat,” katanya.

Tags: pemilik bermanfaatSuruhanjaya Syarikat Malaysia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SSM Nafi Dakwaan Kebocoran Data Entiti Perniagaan Di Malaysia

30/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menafikan dakwaan terdapat kebocoran data membabitkan entiti perniagaan di Malaysia seperti dilaporkan beberapa...

451,865 Permohonan BPN Ditolak Kerana Ada Rekod SSM

12/05/2020
0

CYBERJAYA - Hampir separuh daripada 1.05 juta permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang ditolak terdiri daripada individu yang berdaftar dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd