• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Seorang Rakyat Malaysia Terbabit Letusan Gunung Berapi NZ

oleh
13/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan hanya seorang rakyat Malaysia yang terbabit dalam bencana letusan gunung berapi di White Island, New Zealand, 9 Disember lalu.

Menerusi satu kenyataan, hari ini, Kementerian Luar memaklumkan pengesahan itu diterima daripada Pusat Koordinasi Kecemasan, Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.

“Mangsa adalah pemegang taraf Pemastautin Tetap Australia yang berada dalam keadaan kritikal dan akan dipindahkan ke Sydney, Australia untuk menerima rawatan lanjut.

“Mangsa dijadualkan untuk dipindahkan ke Sydney esok, bagaimanapun urusan penghantaran mangsa ke Australia bergantung kepada penilaian pihak Hospital Christchurch ke atas keadaan beliau,” katanya.

Kementerian Luar turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan New Zealand dan pihak berkuasa tempatan atas bantuan yang dihulurkan kepada mangsa-mangsa yang terbabit dalam bencana ini.

Kelmarin, BH melaporkan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand memaklumkan seorang pelancong rakyat Malaysia dikhuatiri maut dalam letupan gunung berapi White Island yang terletak di bahagian Pulau Utara negara itu.

Portal stesen televisyen negara New Zealand, tnz.com.nz, yang memetik kenyataan pegawai di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia berkata, pihaknya masing menunggu laporan berhubung tragedi itu dan siasatan masih diteruskan.

Gunung berapi di White Island yang juga dikenali sebagai Whakaari terletak di Bay of Plenty meletus sejak Isnin lalu dan melepaskan abu dan wap besar di udara ketika sekumpulan pelancong mengunjungi pulau itu. – BH Online

Tags: Letusan Gunung BerapiNew Zealandwhite island
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

28/11/2023
0

AUCKLAND: New Zealand bakal membatalkan larangan untuk generasi akan datang menghisap rokok yang mendapat pujian seluruh dunia, sebelum ini. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd