• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAVCOM Kecewa, Rasa Terhina Dengan Cadangan MOT

oleh
12/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SURUHANJAYA Penerbangan Malaysia (MAVCOM) kecewa dengan cadangan Kementerian Pengangkutan untuk menggabungkan suruhanjaya berkenaan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Pengerusi Eksekutifnya, Dr. Nungsari Ahmad Radhi berkata, keputusan berkenaan dilihat seolah-olah menghina suruhanjaya itu kerana ia dibuat tanpa sebarang rundingan.

“Perbincangan itu dibuat tanpa pengetahuan kami dan ia mencerminkan sisi buruk mereka yang terbabit dalam perbincangan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua pihak berada di bahagian yang sama dengan tumpuan utama kepada pembangunan industri penerbangan di Malaysia.

“Kita semua ambil berat mengenai isu pengendali perkhidmatan, kebajikan pengguna dan keyakinan pelabur.

“Malah, terdapat juga isu yang perlu ditangani bersama,” katanya.

Katanya, keputusan untuk memansuhkan Akta MAVCOM itu secara tidak langsung mencerminkan pendirian kerajaan untuk tidak memerlukan badan bebas bagi sektor penerbangan.

“Jika ini berlaku, maka tidak ada lagi badan yang mengawal selia pelesenan komersial, isu persaingan, kebajikan pengguna dan kewajipan perkhidmatan awam yang mana sebelum ini tidak wujud sebelum penubuhan MAVCOM,” katanya.

Nungsari berkata, pihaknya akan memberi tumpuan kepada dua perkara utama iaitu kebajikan kakitangan MAVCOM dan tanggungjawab menyerahkan peranan statutori MAVCOM.

“Saya akan bekerjasama dengan pesuruhjaya untuk melaksanakan peralihan kakitangan, dan akan menyerahkan semua peranan statutori kepada Kementerian Pengangkutan.

“Sementara itu, kami akan terus menjalankan peranan kami sebagaimana yang dinyatakan dalam akta,” katanya.

Katanya, pihaknya bangga dengan pasukan MAVCOM yang terdiri daripada individu berpengalaman dan berbakat.

“Mereka menjalankan tugas dengan penuh integriti dan profesional untuk membaiki mutu perkhidmatan industri penerbangan Malaysia. Saya doakan yang terbaik untuk mereka,” katanya. – myMetro Online

Tags: CAAMkementerian pengangkutanMavcom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

25/08/2025
0

Putrajaya: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengumumkan penutupan ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur dari...

‘Jangan Terbangkan Dron Di Kawasan Kebakaran Gas Putra Heights’ – CAAM

‘Jangan Terbangkan Dron Di Kawasan Kebakaran Gas Putra Heights’ – CAAM

01/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melarang orang ramai menerbangkan dron di sekitar kawasan kebakaran saluran paip gas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd