• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azlan (Typewriter) Dan Dayang Nurfaizah Bersatu Rai Setiausaha

oleh AK-47
03/03/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUAT julung kalinya Azlan (Typewriter) dan Dayang Nurfaizah bakal berkongsi satu pentas dan berkolobrasi bagi menjayakan minggu setiausaha yang bertempat di Ballroom Berjaya Times Square Hotel bulan hadapan.

Acara ‘Memorable Moment With Azlan & Dayang’ yang diatur pada pukul 12.00 tengahari pada 8 April ini bakal menyaksikan paduan vokal suara dua penyanyi yang cukup sinonim dengan kemantapan vokal tinggi dalam dunia hiburan.

Apa yang unik, majlis bertema ‘Romantik Rock’ yang khusus bagi menghargai para setiausaha ini bakal mempersembahkan kelainan luar biasa apabila Azlan dipilih mendendangkan lagu romantis manakala Dayang menyanyikan lagu rock.

Sementara itu, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI bakal menemani penonton selaku pengacara dalam acara ‘Memorable Moment With Azlan & Dayang’  ini. unnamed (1)

unnamed

Lebih hebat, kumpulan pelawak terkenal, Bocey bakal hadir bagi menghiburkan semua penonton yang hadir dengan idea dan gelagat lucu yang sering kali berjaya membuatkan para penonton tidak kering gusi.

Sementara itu, Azlan bagi pihak penganjur Darkliquids Music Production Sdn. Bhd berkata, dia akan mencuba yang terbaik bagi menjayakan acara minggu setiausaha ini.

“Saya akan cuba yang terbaik, dengan muzik terbaik agar semua penonton berasa puas hati pada acara tersebut,” kata Azlan.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan tiket Memorable Moment With Azlan & Dayang’ boleh menghubungi talian 0342572727 / 7772 dengan harga RM6,000 , RM8,000 dan RM10,000 bagi satu meja.

Sekadar infomasi, majlis yang dianjur Darkliquids Music Production Sdn. Bhd ini merupakan sebuah syarikat rakaman milik Dato Mahadhir Mahideen bersama Azlan (Typewriter). – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=hkwibG6_t_U&feature=youtu.be

Oleh: FARAH
Foto/Video: RIZA RAZAK

Tags: azlanDayang Nurfaizahminggu setiausaha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AJL33: Hael, Ezra Kong Rangkul Anugerah Lagi

04/02/2019
0

LAGU ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Haram muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) yang berlangsung...

Saingan Sengit Jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar

20/06/2018
0

SAINGAN yang hebat bakal dihadapi oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man bagi mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd