• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Mangsa Letusan Gunung Berapi NZ Dikeluarkan Esok

oleh
12/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WELLINGTON – Polis di New Zealand merancang untuk mengeluarkan lapan mayat individu yang dilaporkan hilang dalam letusan gunung berapi White Island esok.

“Saya kini boleh mengesahkan bahawa kita telah memuktamadkan rancangan untuk mengeluarkan mayat dari tempat kejadian pagi esok,” kata Timbalan Pesuruhjaya, John Tims dalam satu kenyataan.

Jurucakap Institut Penyelidikan GNS Science (GNS), Graham Leonard bagaimanapun memberitahu, status gunung berapi kekal sangat tidak menentu.

“Gegaran terus meningkat dan kemungkinan letusan di gunung berapi paling aktif di New Zealand, kira-kira 48km dari bandar Whakatane dalam tempoh 24 jam akan datang telah meningkat 50 hingga 60 peratus,” katanya.

Angka kematian kini meningkat kepada lapan orang selepas dua lagi mangsa cedera dalam letusan Isnin lalu meninggal dunia semalam dengan lapan mangsa hilang turut dianggap terkorban.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Ashley Bloomfield, 21 pesakit kekal di unit kebakaran di empat hospital di seluruh negara dan 16 daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, tujuh pesakit rakyat Australia telah dihantar ke Sydney dan enam lagi mangsa rakyat negara itu bakal tiba di tanah air dalam 24 jam akan datang. – Agensi

Tags: Letusan Gunung BerapiNew Zealandwhite island
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

28/11/2023
0

AUCKLAND: New Zealand bakal membatalkan larangan untuk generasi akan datang menghisap rokok yang mendapat pujian seluruh dunia, sebelum ini. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd