• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton X70 Sebagai Kenderaan Rasmi APEC 2020

oleh
12/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proton X70, kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen C premium paling popular di Malaysia, dipilih menjadi antara kenderaan rasmi bagi persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd., Dr. Li Chunrong berkata, model tersebut akan digunakan untuk menyokong forum sepanjang tahun itu yang mempromosikan kerjasama ekonomi di rantau Asia-Pasifik.

“Proton berbesar hati menyokong Malaysia yang menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak APEC 2020.

“Berasaskan ciri-ciri pintar, pengendalian yang mantap serta penarafan keselamatan lima bintang Program Penilaian Kenderaan Baharu ASEAN (ASEAN NCAP), kami percaya Proton X70 boleh mencerminkan kerjasama erat antara negara-negara melalui persidangan seperti APEC untuk menaik taraf antara satu sama lain sekali gus meningkatkan keupayaan keseluruhan industri dan ekosistem sokongan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Proton, delegasi dari 21 ekonomi akan melawat Malaysia sepanjang 2020 memandangkan jawatankuasa dan kumpulan kerja di bawah APEC akan membincangkan pelbagai isu ke arah penyepaduan ekonomi serantau.

Perbincangan mengenai liberalisasi perdagangan dan pelaburan juga dipertingkat dengan menangani isu-isu antaranya mengenai penerimaan pendigitalan, memperkukuhkan usaha pembangunan modal insan, meningkatkan pemerkasaan wanita.

Tags: APEC 2020kenderaan rasmiProton X70
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipenjara, Denda Guna Kad Pengenalan Palsu Kerja Sebagai Guru Sejak 29 Tahun

Pengemis Kaya Miliki Proton X70

22/02/2024
0

Kuala Lumpur: Hanya berbekal 'muka simpati', seorang lelaki menyara hidup dengan hasil mengemis hingga mampu membeli sebuah kenderaan utiliti sukan...

Kenderaan Rasmi Saya Myvi Dan Terkini ‘Aston Martin’ – Maszlee

04/02/2022
0

AHLI Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik sekali lagi menyindir pihak yang mendakwa beliau menerima suapan sewaktu memegang jawatan sebagai menteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd