• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beratus Lagi Pekerja Syarikat Media Akan Hilang Kerja

oleh
11/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kira-kira 600 pekerja dalam sebuah kumpulan berkaitan media terbesar di Malaysia akan diberhentikan Jumaat ini, separuh daripadanya ialah kakitangan akhbar harian, kata seorang sumber dalaman syarikat itu.

Tetapi, katanya, pihak pengurusan yang berjanji akan berbincang dengan wakil kesatuan sekerja pada Oktober lalu, belum berbuat demikian.

“Mereka mempunyai tarikh akhir untuk tampil dengan satu senarai pemberhentian. Tinggal 2 hari lagi, tetapi kesatuan sekerja belum dihubungi.

“Undang-undang buruh menetapkan mereka yang terjejas perlu dimaklumkan,” kata sumber kepada FMT.

Difahamkan, ratusan pekerja yang akan kehilangan kerja meliputi pelbagai peringkat dan mereka tiada pilihan untuk merayu apabila surat menamatkan perkhidmatan diberikan kepada mereka.

Sebelum ini, beberapa syarikat media menutup atau mengecilkan operasi mereka yang menyebabkan ribuan orang kehilangan kerja sejak 3 tahun lalu.

Utusan Melayu yang diasaskan pada 1939 berhenti operasi pada 9 Oktober lalu selepas lembaga pengarahnya meluluskan cadangan penggulungan sukarela pemiutang.

Ia selepas Utusan Melayu mengumumkan pelepasan 70% pegangan dalam anak syarikatnya, Dilof Sdn. Bhd. kepada Aurora Mulia Sdn. Bhd., pemegang saham utama Media Prima Berhad.

Awal bulan lalu, Media Prima yang memiliki New Straits Times Press dan beberapa saluran televisyen, mengumumkan pengurangan pekerja yang menjejaskan ribuan orang.

Katanya, ia sebahagian daripada “penstrukturan semula” yang akan selesai pada suku pertama tahun depan. – FMT

Tags: hilang kerjasyarikat akhbarsyarikat media
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beri Cadangan Membina, Bukan Rai Orang Hilang Kerja

17/10/2019
0

SHAH ALAM - Penasihat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Khalid Jaafar sepatutnya menggunakan peluang sebagai ahli panel dengan memberi cadangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd