• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Lepasi Ujian Agama, Moral Untuk Jadi Polis

oleh
10/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Setiap calon anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pengambilan akan datang, perlu melepasi ujian agama serta moral.

Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, ia bagi memastikan semua anggota dan pegawai polis yang akan dilahirkan kelak, memiliki nilai-nilai murni serta berintegriti tinggi.

“Tahun hadapan kita unjurkan pengambilan seramai 6,000 anggota dan kira-kira 500 pegawai untuk mengisi perkhidmatan.

“Selain ujian psikometrik dan sikap, setiap calon perlu menjalani dan melepasi ujian agama, bagi yang Muslim serta ujian moral bagi bukan Muslim secara dalam talian, dan juga ketika sesi temuduga sebelum diterima untuk latihan.

“Polis ini tugas dia menjaga keselamatan orang ramai. Tetapi macam mana nak jaga jika dia (anggota dan pegawai polis) pun bermasalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di sini, hari ini.

Di samping itu, Abd Rahim berkata, penekanan nilai agama dan moral itu dibuat bagi menangani kes salah laku dalam kalangan warga PDRM, walaupun jumlah kes seumpama ini sangat kecil, iaitu tidak sampai satu peratus.

Seramai 300 anggota, pegawai serta pesara polis menerima anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan majlis tersebut turut dihadiri Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail.

Selain penekanan terhadap asas agama dan moral, Abd Rahim berkata, PDRM juga sedang mendapatkan bantuan daripada pihak universiti untuk mengkaji teknologi, yang dapat mengesan calon-calon yang bermasalah dengan dadah lebih awal.

“Ini kerana kita dapati ada anggota polis yang ditangkap berkaitan kes dadah, sebenarnya sudah terlibat lebih awal iaitu sebelum memasuki perkhidmatan polis.

“Perkara-perkara seperti ini yang kita cuba elakkan kerana ia memberi imej serta reputasi buruk kepada PDRM walaupun jumlah sangat kecil,” katanya. 

Tags: anggota polisPDRMujian agamaujian moral
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd