• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MTUC Mohon Dewan Negara Tidak Luluskan RUU Buruh

oleh
10/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan perbincangan dengan ahli Majlis Senator Malaysia sebagai langkah terakhir untuk memohon pindaan undang-undang perburuhan tidak diluluskan.

Pertemuan semalam itu bertujuan untuk mengemukakan laporan serta alasan mengenai kemudaratan pindaan itu kepada kebajikan pekerja dan keperluan untuk ia dirujuk semula kepada Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) dibentangkan semula di Parlimen.

Presiden MTUC, Datuk Abdul Halim Mansor berkata, pindaan yang dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia ini dibuat tanpa rundingan dengan MTUC dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), sekali gus mencabuli Konvensyen 144 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang diratifikasi oleh Malaysia.

“Kami menggesa semua Senator mengutamakan masa depan 15 juta pekerja serta keluarga mereka selain mengambil kira kepentingan negara.

“MTUC amat berharap Ahli Dewan Negara tidak menyokong tindakan Menteri membentangkan pindaan-pindaan tidak adil dan memudaratkan nasib pekerja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Halim berkata, dalam pertemuan itu, mereka diberi komitmen untuk merujuk kembali rang pindaan undang-undang perburuhan berkenaan kepada NLAC supaya pindaan yang tidak adil boleh dibatal atau diperbetulkan.

“Kami menyokong pembaharuan undang-undang perburuhan tetapi pindaan yang diperkenalkan secara bersendirian oleh MOHR, adalah seolah-olah cuba memecah belahkan kesatuan (state sponsored union busting).

“Adalah amat penting untuk Dewan Negara bertindak memperbetulkan ketidakadilan yang memberi kesan langsung kepada 15 juta pekerja.

“Dewan Negara juga adalah benteng akhir untuk memastikan undang-undang tidak adil ditolak demi kebaikan rakyat,” katanya.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah, Setiausaha Agong MTUC, J Solomon; Pengerusi Wanita MTUC dan Naib Presiden, NasrifahSukarni; Ahli NLAC, Sivanandan; Setiausaha MTUC Selangor dan Kuala Lumpur, Faisal Hussein; Ahli Majlis MTUC, S Natrajan dan perwakilan sekretariat lain. – BH Online

Tags: Dewan NegaraMTUCRUU Buruh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd