• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Solat Jumaat Di Masjid Jamek Al-Fallah

oleh
06/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berangkat ke Masjid Jamek Al-Fallah Batu 8 di Jalan Gambang di sini untuk menunaikan solat Jumaat bersama lebih 1,000 jemaah dari sekitar daerah Kuantan.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada 1 tengah hari di masjid itu disambut Kadi Daerah Kuantan Abd Aziz Abd Karim dan Seri Paduka berkenan bersalaman dengan jemaah sebelum mendengar khutbah.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak; Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Md Yunos dan ketua jabatan di Pahang.

Al-Sultan Abdullah, yang juga Sultan Pahang, berangkat ke Kuantan hari ini untuk mendengar persembahan taklimat persediaan menghadapi bencana banjir negeri Pahang yang disampaikan oleh Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini.

Abd Aziz menyampaikan khutbah bertajuk ‘Memanfaatkan Cuti Sekolah’ sebelum solat Jumaat itu yang diimamkan oleh imam masjid berkenaan, Cik Wan Kholil Wan Mohammed.

Antara inti pati khutbah itu adalah ibu bapa boleh mengambil peluang cuti persekolahan untuk mendidik dan mengajar anak mengenai amal ibadat seperti mengajak mereka solat berjemaah di masjid.

Tags: Al-Sultan Abdullahsolat JumaatYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd