• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sedia Bantu BernamaTV Jika Isu Pemilikan Diselesaikan

oleh Ahmad Albab
02/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan tidak mempunyai masalah untuk membantu stesen televisyen BernamaTV sekiranya pemegang saham syarikat berkenaan sedia untuk memberikan saham mereka kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya perlu mengikut undang-undang sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Kerajaan tidak boleh dilihat hanya membayar dengan mengeluarkan duit rakyat kepada mana-mana syarikat swasta apabila syarikat swasta itu gagal di dalam urusan perniagaannya. Dalam soal ini BernamaTV bukan milik kerajaan, BernamaTV adalah sebuah stesen swasta.

“Kecuali soal isu pemilikan diselesaikan barulah kerajaan dilihat munasabah untuk memberi bantuan bagi menyelesaikan soal kewangan stesen berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Penghakupayaan Usahawan Wanita Merentasi Dunia Baharu, di sini hari ini.

Ditanya sama ada pemegang saham bersedia untuk melepaskan saham mereka, Ahmad Shabery berkata perkara itu masih berada dalam proses rundingan.

BernamaTV ditubuhkan pada 2008 bagi menguruskan siaran berita 24 jam di saluran Astro 502.

BernamaTV menghadapi masalah ekoran hasil pendapatan syarikat yang tidak dapat menampung kos operasinya termasuk pembayaran upah dan gaji.

Pada 9 Feb lepas, BernamaTV tidak dapat beroperasi seperti biasa berikutan sebahagian petugasnya tidak hadir bertugas ekoran kegagalan syarikat pengendali membayar gaji bagi bulan Januari.

Pada 12 Feb, Ahmad Shabery mengadakan pertemuan dengan 100 pekerja BernamaTV untuk membincangkan masalah dan juga masa depan stesen televisyen itu. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyBernama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Cadang BERNAMA Diperkasa, Jadi Suara Malaysia Di Peringkat Global

Ahli Parlimen Cadang BERNAMA Diperkasa, Jadi Suara Malaysia Di Peringkat Global

26/02/2025
1

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen mencadangkan supaya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) diperkasa sehingga menjadi agensi berita global dan suara Malaysia...

Senator Ras Adiba Pengerusi Baharu Bernama

24/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Senator Ras Adiba Radzi, 52, dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, dan merupakan wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd