• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kini Suami Boleh Carum 2 Peratus KWSP Untuk Isteri

oleh
04/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (Pindaan) 2019 bagi membolehkan suami memindahkan caruman dua peratus kepada isteri, diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.

Timbalan Speaker, Nga Kor Ming mengumumkan keputusan itu selepas RUU KWSP (Pindaan) 2019 dibentangkan untuk bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Menerusi RUU itu, suami kini boleh memindahkan carumannya sebanyak dua peratus ke akaun seorang atau ramai isteri yang sah, secara sukarela dengan ia akan terhenti sekiranya berlaku perceraian atau kematian.

Amiruddin berkata, skim berkenaan dibuat bagi memberi perlindungan kepada isteri yang tidak bekerja dengan potongan caruman hanya akan dibuat sekiranya terdapat permohonan dikemukakan suami.

Bagaimanapun, katanya, skim berkenaan tidak terpakai terhadap mana-mana isteri yang bekerja dan berhasrat untuk memindahkan caruman KWSP dalam jumlah sama kepada suami mereka.

“Pemindahan caruman ini bergantung kepada maklumat diberikan suami dan akan berterusan sehingga pihak suami memberi dokumen tambahan untuk memaklumkan sama ada pasangannya meninggal dunia atau bercerai.

“Potongan bagi skim ini akan dibuat sejurus caruman daripada pihak majikan suami diterima oleh KWSP, selain tiada tindakan dikenakan kepada suami sekiranya berlaku kelewatan caruman,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sebanyak 1.33 peratus, iaitu 7,686 daripada 520,478 majikan berdaftar dengan KWSP dikenal pasti gagal mencarum bagi pekerjanya, sepanjang 2019.

“Sebanyak 3,769 kes berkaitan caruman KWSP, membabitkan nilai RM30.04 juta dan 4,546 kes sivil membabitkan nilai RM139.88 juta sudah didakwa di mahkamah sepanjang 2019.

“Selain itu, seramai 1,657 pengarah (syarikat) direkodkan memohon keluar negara kerana mempunyai masalah (caruman), manakala 840,000 akaun sudah beralih daripada skim konvensional kepada patuh syariah,” katanya.

KWSP kini sedang menyediakan laman web khas untuk membolehkan pencarum membuat semakan larangan keluar negara. Laman itu antara lain akan turut memaparkan jumlah caruman tunggakan dan jumlah minimum perlu dilangsaikan. – BH Online

Tags: i-SuriKWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd