• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesilat Negara Tidak Sedarkan Diri

oleh
03/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALANG menimpa pesilat negara Muhammad Faizul M Nasir apabila hasratnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut dalam Kelas Putra B (50- 55kg) menemui kegagalan.

Sebaliknya, dia terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan selepas dilihat tidak sedarkan diri sebaik terjatuh sebelum ditendang oleh lawannya yang juga peserta tuan rumah, Dines Dumaan pada pusingan terakhir peringkat awal, hari ini.

Faizul dilihat terbaring lebih tiga minit tanpa mendapat bantuan perubatan ketika wasit sedang mengira mata sebelum mengumumkan kemenangan 5-0 untuk Dumaan.

Kemudian barulah Faizul dikejarkan ke hospital dari Pusat Pameran dan Konvensyen Subic Bay.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong ketika hadir menyaksikan perlawanan membabitkan atlet negara selepas insiden itu berkata, beliau dimaklumkan keadaan Faizul masih belum stabil.

“Setakat ini saya dimaklumkan dia sedang menerima rawatan. Tiada sebarang pelawat dibenarkan untuk melawatnya.

“Kami perlu menunggu dulu maklum balas dari pihak hospital.

“Daripada pihak pengurusan kontinjen mereka sentiasa berhubung dengan pihak hospital untuk memantau keadaan.

“Jika dibenarkan saya sendiri akan melawat Faizul di hospital,” katanya. – myMetro Online

Tags: muhammad faizulPesilatSukan SEA Ke-30
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insentif Sukan SEA Dorongan Farah Ann Lebih Berjaya

17/01/2020
0

SHAH ALAM - Ratu gimnas negara menyifatkan pemberian insentif Sukan SEA ke-30 Filipina oleh kerajaan Selangor kepada atlet negeri itu,...

Syed Saddiq Mohon Maaf Gagal Capai Sasaran Sukan SEA

17/12/2019
0

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertanggungjawab sepenuhnya dan memohon maaf atas kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd