• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gol Safawi Dahului Carta Undian Gol Terbaik Liga AFC

oleh
01/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Gol jaringan bintang bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Safawi Rasid yang dicalonkan untuk gol terbaik Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2019 ketika menentang Shandong Luneng pada April lalu, kini sedang mendahului carta undian.

Sehingga kini, jaringan Safawi yang juga pemain skuad kebangsaan mendahului sebanyak 50 peratus berbanding sembilan lagi jaringan yang disenarai pendek pihak AFC.

Sembilan calon lain adalah Islom Tukhtakhujaev dari PFC Lokomotiv, Gonzalo Viera (Al Rayyan), Sergio Antonio (Kashima Antlers), Shojae Khalilzadeh (Persepolis), Khojiakbar Alijonov (Pakhtakor Tashkent FK), Kim Dae-won dari Daegu FC, Romario Ricardo Silva (Al Ittihad), Khalid Muneer (Al Duhail) dan Fabrício dos Santos dari Urawa Reds.

Ketika perlawanan itu, Muhammad Safawi telah berjaya menggegarkan jaring pasukan lawan menerusi sepakan kaki kiri dari luar kotak penalti dan gol menakjubkan itu telah dicalonkan dalam 10 jaringan terbaik bagi anugerah AFC Champions League 2019 Best Goals.

Pemain sayap berusia 22 tahun itu menjaringkan gol jarak jauh pada minit ke-60 perlawanan tersebut yang berakhir dengan kekalahan JDT 1-2 pada 9 April di Stadium Pusat Sukan Olimpik Jinan di Shandong, menurut laman sesawang AFC, semalam.

Jaringan tersebut telah mendapat pujian rata-rata peminat sukan bola sepak tanah air dan peminat boleh mengundi untuk Muhammad Safawi di Vote for your best goal of AFC Champion 2019. – Sinar Harian

Tags: gol terbaikJDTLiga AFCSafawi Rasid
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Exco Johor Nafi Dakwaan SSI Bukan Milik JDT

JDT Cipta Sejarah Dunia, Pecah Rekod 32 Tahun ASEC Mimosas

22/08/2026
0

Oleh Mynewshub ISKANDAR PUTERI – Malam 21 Ogos 2026 akan tercatat sebagai salah satu malam paling bersejarah bukan sahaja buat...

JDT Cipta Rekod Dunia 109 Perlawanan Liga Tanpa Kalah, Julang Piala Sumbangsih Kali Ke-11

JDT Cipta Rekod Dunia 109 Perlawanan Liga Tanpa Kalah, Julang Piala Sumbangsih Kali Ke-11

21/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah apabila merekodkan 109 perlawanan liga tanpa kalah, sekali gus memecahkan rekod...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd