• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Derma Terakhir Tabung Harapan Habis Diguna – Guan Eng

oleh
01/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kerajaan telah menggunakan baki terakhir sebanyak RM61.68 derma Tabung Harapan bagi membayar faedah sukuk Nota Jangka Sederhana 1MDB (1MDB IMTN) pada 28 November.

Dalam satu kenyataan, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pada 14 Jan tahun ini, Tabung Harapan mengutip derma berjumlah RM202.7 juta, selain RM2.77 juta faedah menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM205.4 juta

“Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang kepada Tabung Harapan.”

Guan Eng berkata, baki sebanyak RM61.68 juta digunakan untuk membayar sebahagian daripada faedah 1MDB IMTN berjumlah RM143.75 juta.

Baki wang yang digunakan untuk membayar faedah tersebut diambil daripada dana 1MDB yang diperolehi semula setakat ini sebanyak RM1.45 bilion.

Difahamkan bahawa faedah 1MDB IMTN perlu dibayar 2 kali setahun.

Menurut kenyataan itu lagi, wang derma RM205.4 Tabung Harapan dibelanjakan seperti berikut:

  • (30 Mei) – membayar sebahagian daripada faedah sukuk 1MDB IMTN sebanyak RM143.75 juta
  • (16 Jun) – bayaran semula cek tendang sebanyak RM51,500.
  • (25 Jun) – bayaran semula derma khilaf sebanyak RM9,457.
  • 28 November) – bayar sebahagian faedah susuk 1MDB IMTN sebanyak RM61.68 bilion.

Guan Eng berkata, kerajaan akan membelanjakan RM13.9 bilion ke atas hutang 1MDB dan SRC International dari 2017 hingga 2020.

“Pada masa ini hutang 1MDB berjumlah RM50.5 bilion, termasuk faedah yang akan hanya diselesaikan pada 2039.

Tabung Harapan diwujudkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 30 Mei tahun lepas bagi mengutip derma daripada individu dan syarikat dalam usaha membantu kerajaan menangani masalah hutang negara. – FMT

Tags: 1MDB IMTNDERMALim Guan Engtabung harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd