• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Ahli PKR Pahang Dipecat Serta-Merta Akibat Rasuah

oleh
25/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dua ahli Parti Keadian Rakyat (PKR) Pahang dipecat keanggotaan parti itu serta-merta akibat salah laku rasuah dan suapan ketika pemilihan parti tahun lepas.

Individu terbabit ialah Ketua PKR Cabang Bera yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Zakaria Abdul Hamid dan seorang lagi ahli, Ismail Dulhadi.

Zakaria adalah setiausaha politik di Kementerian Kerja Raya ketika kesalahan itu dilakukan.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kasim berkata, salah laku kedua-dua ahli PKR itu diperakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui surat yang diterima parti bertarikh 23 Oktober lalu.

Ahmad Kasim meminta lembaga disiplin parti mengenakan tindakan tata tertib terhadap individu terbabit dan memaklumkan kembali kepada SPRM.

“Sebagai sebuah parti yang konsisten terhadap salah laku rasuah, keputusan ini memberi mesej jelas kepada seluruh anggota dan rakyat bahawa parti tidak akan kompromi dengan ahlinya.

“Oleh itu, MPP hari ini telah membuat keputusan memecat keanggotaan mereka selepas dicadangkan pengerusi lembaga disiplin.

“Mereka berhak mengemukakan rayuan kepada keputusan ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Sementara itu Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, sidang akhbar itu tidak memperincikan salah laku berkenaan kerana ia satu perkara sulit.

Menurutnya, kesalahan dilakukan dua individu itu disiasat SPRM dan MPP setuju dengan cadangan pemecatan serta-merta.

“Memadai untuk dimaklumkan pada ketika itu, Zakaria merupakan setiausaha politik dalam Kementerian Kerja Raya.

“Beliau disiasat SPRM bersama-sama dengan Ismail. SPRM memperakukan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai tindakan lanjut yang bakal dilakukan SPRM terhadap dua individu terbabit, Ahmad Fahmi berkata, ia terpulang kepada suruhanjaya itu untuk berbuat demikian.

Tags: PKRrasuahZakaria Abdul Hamid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd