• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maradona Ditawar Latih Skuad Tok Gajah?

oleh
25/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAHANG – Tular di media sosial kononnya legenda bola sepak dari Argentina, Diego Maradona ditawarkan kontrak oleh pihak pengurusan Pahang FA untuk menjadi jurulatih skuad Tok Gajah.

Dakwaan itu dikeluarkan oleh seorang wartawan sukan dari Mexico, César Luis Merlo menerusi akaun Instagram dan Twitter miliknya yang memberitahu bahawa Maradona ditawarkan kontrak bernilai jutaan ringgit bagi melatih pasukan Pahang selama enam bulan.

Bagaimanapun bekas jurulatih skuad kebangsaan Argentina itu dikatakan menolak tawaran tersebut kerana memilih untuk terus berada di Kelab Gimnasia De La Plata.

Perkongsian wartawan sukan dari Mexico itu kini tular di media sosial khususnya di Malaysia.

Perkongsian Luis Merlo di Twitternya menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia khususnya penyokong Tok Gajah yang teruja dan gembira jika perkara itu mampu menjadi kenyataan.

“Wow, terbaik lah Pahang FA kalau korang berjaya membawa masuk Maradona untuk melatih skuad Pahang. Walaupun mungkin ini hanyalah khabar angin namun kami penyokong skuad Tok Gajah sangat mengharapkan perkara ini menjadi kenyataan,” tulis Ahmad Rahim di Twitter.

Lah Adam pula berkata, “Pahang teruskan niat anda untuk membawa masuk Maradona bagi melatih skuad Pahang kerana bukan sahaja mampu meningkatkan kualiti dan prestasi pemain Pahang namun mampu membuat Pahang malahan Malaysia terkenal satu dunia.” – Sinar Harian

Tags: Diego MaradonaPahang FAtok gajah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Messi Cipta Kembali Imej Ikonik Maradona 1986

Messi Cipta Kembali Imej Ikonik Maradona 1986

19/12/2022
0

DOHA: Ada gambar yang meninggalkan kenangan dalam sejarah sukan. Gambar ikonik yang setiap orang impikan untuk ditiru suatu hari nanti....

Diego Maradona Meninggal Dunia

26/11/2020
0

BUENOS AIRES - Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia pada umur 60 tahun, menurut jurucakap keluarganya.  Maradona antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd