• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senarai Menteri Persekutuan 2020 Tular Disahkan Palsu

oleh
23/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Selepas tular berhubung surat palsu kepada Setiausaha Dewan Rakyat yang mengusulkan tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, kini tersebar pula laporan memaparkan senarai penuh nama Menteri Persekutuan 2020.

Bagaimanapun, laporan senarai penuh jemaah menteri baharu yang tular itu disahkan tidak benar oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

“Senarai itu palsu dan tak masuk akal langsung,” kata sumber pejabat itu ketika dihubungi.

Laporan senarai penuh Menteri Persekutuan 2020 yang tular dalam talian itu memaparkan 31 nama individu yang sebahagiannya adalah nama-nama baharu dan pernah menjadi menteri Kabinet sebelum ini.

Melalui senarai itu, jawatan Perdana Menteri kekal disandang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Antara nama lain yang dinyatakan ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Rais Yatim sebagai Menteri Dalam Negeri dan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai Menteri Pendidikan.

Nama sebahagian menteri sedia ada juga dilihat bertukar portfolio kementerian termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang ditukar portfolio kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sebahagian menteri sedia ada pula dikekalkan portfolio kementerian dan ada juga yang dibuang terus dari senarai jemaah menteri palsu itu.

Tags: menteri Persekutuan 2020PMOsenarai palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Nafikan Senarai Calon BN Tular

Onn Hafiz Nafikan Senarai Calon BN Tular

03/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan satu senarai calon Barisan Nasional (BN) yang sedang tular...

Skandal 1MDB: Jho Low Ada Kepala Surat Kosong PMO

Skandal 1MDB: Jho Low Ada Kepala Surat Kosong PMO

14/02/2024
0

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Low Taek Jho atau Jho Low memiliki 'kepala surat' kosong Pejabat Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd