• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Keluarga Tahanan Kes LTTE Desak Mansuh SOSMA

oleh
21/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hari ini lebih 80 orang ahli keluarga tahanan SOSMA berhimpun di luar Parlimen.

Mereka kemudiannya menyerahkan memorandum mendesak kerajaan memansuhkan akta berkenaan yang disifatkan menindas hak asasi manusia.

Mereka adalah ahli keluarga kepada 12 tahanan SOSMA atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang ditahan berkaitan kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) termasuk termasuk dua ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP.

Isteri ADUN Gadek, Umah Devi Veeraputhran kecewa kerana penggunaan akta berkenaan bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Akta drakonian seperti SOSMA menindas hak asasi manusia, tidak patut diasimilasikan di negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

“Walaupun mereka bersalah, kenapa perlu guna SOSMA? (Mereka) tak dapat lagi jamin. Satu kes akan dijalankan tanpa dibicara (selama) 28 hari tahanan tapi sekarang dah 42 hari,” katanya selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong di lobi Parlimen hari ini.

Umah Devi juga mengadu sejak suaminya ditahan pihak polis, rata-rata mereka mengalami masalah kewangan kerana kehilangan punca pendapatan keluarga.

“Saya suri rumah dengan ibu bapa yang sudah tua. Kita perlukan ketua rumah pulang secepat mungkin, 42 hari tanpa ketua keluarga terlalu menekan,” katanya.

Seramai 12 individu termasuk dua Adun DAP didakwa atas pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE di tiga Mahkamah Sesyen berasingan pada 31 Oktober lepas.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang hadir bersama kumpulan itu berjanji akan membangkitkan desakan mereka dalam mesyuarat kabinet esok supaya tindakan segera dapat diambil.

“Saya telah pun berkali-kali bawa perkara ini dan dimaklumkan bahawa tindakan akan diambil.

“Tetapi ini adalah sesuatu (yang) harus diumumkan oleh menteri yang berkaitan,” katanya.

Mengulas memorandum yang sama, Vui Keong berkata, suka atau tidak, negara masih perlukan satu akta yang mampu melindungi keselamatan negara.

Tags: ADUN DAPLTTEpengganastahanan sosma
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub MELAKA – Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh menyelar keras kenyataan pimpinan Pemuda DAP (Dapsy) yang...

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd