• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1,980,328.37 Daripada Yayasan Tun Hussein Onn Kini Hak Kerajaan

oleh
15/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wang berjumlah RM1,980,328.37 yang dibekukan daripada akaun Yayasan Tun Hussein Onn, yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini menjadi harta Kerajaan Malaysia.

Peguam Datuk Hariharan Tara Singh yang mewakili yayasan itu memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh bahawa anak guamnya yang merupakan responden dalam permohonan itu bersetuju wang RM1,980,328.37 dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya akan menarik balik permohonan lucut hak itu selepas SPRM memperoleh wang berkenaan daripada yayasan itu.

“Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwaan terhadap yayasan tersebut mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001,” katanya pada sebutan kes itu hari ini.

Ahmad Shahrir membenarkan wang RM1,980,328.37 daripada akaun yayasan itu dilucutkan hak kepada Kerajaan Malaysia.

Dalam kes lain, Ahmad Shahrir juga membenarkan wang berjumlah RM121, 205 yang dibekukan daripada akaun Rayhar Travels Sdn. Bhd. dilucutkan hak kepada Kerajaan Malaysia.

Peguam Mat Yunus Sharif mewakili agensi itu memberitahu, mahkamah bahawa anak guamnya bersetuju wang tersebut dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia manakala Allan berkata pihaknya menarik balik permohonan lucut hak itu selepas SPRM memperoleh wang berkenaan.

Di Mahkamah Tinggi lain, Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan 26 Disember untuk pendengaran kes pelucutan hak wang berjumlah RM11.9 juta milik ahli perniagaan, Tan Sri Bustari Yusuf yang disita SPRM didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB.

Perkara itu dimaklumkan Allan selepas sebutan kes itu di dalam kamar Hakim Sequerah yang turut dihadiri peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin bertindak bagi pihak Bustari.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya baru-baru ini berkata permohonan pelucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan yang suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tags: 1MDBpakatan harapanyayasan tun hussein onn
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd