• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tertuduh Bunuh Ibu Angguk Faham Ketika Pertuduhan Dibaca

oleh
15/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas tuduhan membunuh ibu sendiri dalam kejadian di Taman Kampung Padang 12 November lalu.

Tertuduh, Mohd Ridzuan Mustafa, 37, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi di hadapan Majistret Noordiana Abdul Aziz.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh ibunya, Sefiah Hamid, 62, di rumah mereka di Taman Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing di sini antara jam 8.40 hingga 10.30 pagi pada tarikh berkenaan.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh berdepan hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 17 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut untuk keputusan laporan mental.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam diperintahkan menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Tampoi hari ini.

Tags: bunuh ibutikam ibu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Didakwa Bakar, Bunuh Ibu Tiga Anak

Lelaki Didakwa Bakar, Bunuh Ibu Tiga Anak

19/03/2025
0

BATU PAHAT – Seorang pekebun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu atas pertuduhan membunuh kenalan wanita yang juga...

Wanita Maut Ditikam Anak Sendiri

12/11/2019
0

KUANTAN - Seorang wanita maut dipercayai akibat ditikam pada bahagian kiri leher oleh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd