• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sokong Pengenalan Sistem Jejak Pesawat – Liow

oleh Ahmad Albab
01/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Malaysia menyokong pemasangan sistem penjejakan pesawat yang membolehkan pihak berkuasa pantas bertindak terhadap situasi luar biasa seperti kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 pada Mac tahun lepas.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata sistem yang dibangunkan oleh Australia adalah sistem penjejakan jet yang pertama di dunia dan berpotensi untuk mengukuhkan lagi sektor penerbangan antarabangsa.

“Sebelum ini, Malaysia telahpun mencadangkan kepada ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) supaya mengkaji pemasangan sistem Penjejakan Pesawat Masa Nyata bagi semua penerbangan komersial antarabangsa.

“Kami menerima respons positif daripada ICAO dan saya fikir mereka akan melaksanakannya secara berperingkat. Kami perlu terus meningkatkan langkah-langkah keselamatan penerbangan antarabangsa kerana kami tahu, selepas apa yang berlaku kepada MH17 dan MH370, ia membuka mata kepada dunia bahawa sektor penerbangan perlu memperketatkan langkah-langkah keselamatan,” katanya.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA Ipoh di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah, di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss, dilaporkan sebagai berkata negara itu sedang menguji sistem penjejakan jet yang pertama di dunia dengan Malaysia dan Indonesia akan meningkatkan kebolehjejakan pesawat di kawasan terpencil dan membolehkan pihak berkuasa segera bertindak balas terhadap situasi luar biasa seperti kehilangan MH370.

Sistem itu juga meningkatkan kadar penjejakan minimum bagi pesawat yang terbang di ruang udara lautan terpencil kepada 15 minit berbanding waktu selang 30 hingga 40 seperti sekarang.

Sementara itu, mengenai spekulasi liar, khabar angin dan berita palsu berhubung MH370 yang hilang sejak 8 Mac tahun lalu, Liow berkata mulai sekarang, Malaysia hanya bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh Inmarsat dan Pusat Kawalan Trafik Udara kerana pihak berkenaan yang memberi penunjuk bahawa penerbangan itu menuju ke selatan Lautan Hindi. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiMAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

Notis Pelantikan Berkaitan Penyelesaian MAS – MAB

23/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Notis pelantikan dan alamat penyelesai interim yang berlegar di media sosial adalah berkaitan Malaysian Airline System Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd