• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Rasuah RM100 Didenda RM10,000

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Buruh Rohingya dari Myanmar dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM100 kepada pegawai polis, Ogos lalu.

Tertuduh, Mohamad Amin Aman Hussain, 21, yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mahkamah memerintahkan dia dipenjara dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Dia didakwa memberi rasuah RM100 kepada seorang Lans Koperal Polis Diraja Malaysia sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadapnya yang melakukan kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen sah.

Kesalahan itu dilakuka di Jalan Tebong, Alor Gajah di sini, pada kira-kira 6 jam petang, 28 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Subsesyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Nur Syakila Yaacob memohon kepada mahkamah supaya mengenakan hukuman setimpal.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan kerana mempunyai ibu bapa yang sakit selain menanggung dua adik di Myanmar. – BH Online

Tags: buruh rohingyaMyanmarrasuah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd