• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prosiding 1MDB Tangguh Lagi, Peguam Dan Saksi Cuti Sakit

oleh
13/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion dihadapi Datuk Seri Najib Razak, ditangguhkan kerana peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengalami masalah kesihatan.

Perkara itu dimaklumkan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammad di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Menurut Wan Aizuddin, Muhammad Shafee berdepan masalah kesihatan dan mendapat cuti sakit untuk hari ini dan esok selepas menjalani pemeriksaan di sebuah klinik di Taman Tun Dr. Ismail.

“Beliau mahu meneruskan perbicaraan hari ini tetapi mengalami jangkitan (sakit) tekak yang teruk.

“Pihak pembelaan memohon supaya perbicaraan yang masuk hari ke-35 ditangguhkan manakala esok dilapangkan,” katanya.

Beliau juga menyerahkan surat cuti sakit kepada mahkamah.

Sementara itu, Pendakwa Raya Kanan, Datuk Sri Gopal Sri Ram turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa saksi kesembilan pendakwaan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi juga mengalami masalah kesihatan.

“Saksi kesembilan tidak hadir hari ini kerana cuti sakit,” katanya ketika ditanya Collin berhubung kehadiran saksi itu.

Collin kemudian membenarkan penangguhan bicara pada hari ini dan turut melapangkan perbicaraan esok.

“Mahkamah menetapkan 13 Disember depan untuk pengurusan kes bagi membolehkan penetapan tarikh perbicaraan selanjutnya,” katanya.

Shahrol Azral yang juga antara saksi penting kes berkenaan sudah memberi keterangan sejak 23 September lalu dan lebih sebulan lalu disoal balas oleh Muhammad Shafee.

Najib, 66, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang membabitkan jumlah yang sama. – BH Online

Tags: 1MDBNajib Tun RazakShafee Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd