• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dakwa Wartawan Sambilan Mengaku Salah Cederakan CEO

oleh
12/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang mendakwa dirinya wartawan sambilan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang ketua pegawai eksekutif wanita.

Mohd Zarith Md Hanipah, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M M Edwin Paramjothy semalam.

Mahkamah menetapkan 18 November untuk menjatuhkan hukuman dan pendengaran fakta kes.

Mohd Zarith didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) Melissa Ong, 47, di sebuah hotel pada 12.15 tengah hari, 8 November lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Annur Atikah Abdul Hadi menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh sementara menunggu tarikh jatuh hukum.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam berkata itu merupakan kesalahan pertamanya kerana dia tidak pernah mencederakan sesiapa sebelum ini.

Zarith berkata dia mempunyai lima anak, baru balik dari luar negara dan kini bekerja sebagai wartawan bebas.

Dia ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas gagal membayar jaminan RM15,000 yang ditetapkan oleh mahkamah.

Tags: cederakanCEO Wanitawartawan sambilan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari

Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari

12/11/2025
0

KUANTAN: Pembantu rumah yang dipercayai mencederakan dua beranak termasuk seorang daripadanya putus ibu jari tangan kiri dalam pergaduhan di sebuah...

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

03/09/2024
0

TAIPING: Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd