• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23 Lelaki Bergaduh Kerana Seorang Wanita

oleh
12/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT – Seramai 23 lelaki ditahan polis kerana disyaki merusuh di hadapan sebuah kedai makan di Persiaran Waterfront di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 1.30 pagi melibatkan dua kumpulan terdiri daripada suspek berusia 17 hingga 26 tahun.

“Dua suspek yang ditahan merupakan remaja berusia 17 tahun tetapi mereka tidak bersekolah. Bagaimanapun, salah seorang suspek merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Hasil soal siasat mendapati punca kejadian adalah kerana perselisihan faham akibat cemburu membabitkan seorang teman wanita kepada salah seorang suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemakaian Pangkat 43 Pegawai Kanan Polis Kontinjen Perak yang disempurnakan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Razarudi Husain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di sini.

Menurutnya, hasil ujian urin mendapati tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Kesemua suspek akan direman empat hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mengetahui kejadian itu diminta menyalurkan maklumat bagi melengkapkan siasatan serta mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Tags: MerusuhpergaduhanTeman Wanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

05/03/2025
3

Johor Bahru : Polis menahan 14 lelaki yang dipercayai terbabit kes merusuh dan khianat di hadapan sebuah pusat sukan, di...

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd