• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pegawai Khas ADUN DAP Dihukum Penjara Kerana Mencabul

oleh
12/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Bekas pegawai khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencabul seorang wanita, pada 2017.

Majistret Jamaliah Abd Manap membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh, L Prem Anand, 52.

“Selepas mendengar dan meneliti hujahan kedua-dua pihak dan menilai keseluruhan kes, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

“Oleh itu, tertuduh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Prem Anand didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan seorang wanita yang ketika itu berumur 21 tahun di tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai di sini, pada jam 11.30 malam, 6 Julai 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua dari mana-mana hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman sebelum rayuan, yang dibuat peguam E Gnasegaran, sehingga rayuan kes difailkan di Mahkamah Tinggi.

Jamaliah kemudiannya menetapkan jaminan RM30,000 dengan dua penjamin warga tempatan, selain pasport diserahkan kepada mahkamah, dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shafiq Mohd Sazali. – BH Online

Tags: ADUN DAPkes cabulpegawai khas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub MELAKA – Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh menyelar keras kenyataan pimpinan Pemuda DAP (Dapsy) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd