• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Turunkan Penarafan Keselamatan Ruang Udara Malaysia

oleh
12/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR/WASHINGTON – Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat menurunkan penarafan keselamatan ruang udara Malaysia, dengan menghadkan syarikat penerbangan negara itu menambah penerbangan baharu ke AS.

Penarafan keselamatan FAA itu berdasarkan rejim kesalahan penerbangan Malaysia dan ia merupakan penilaian pihak berkuasa penerbangan awam negara. Laporan Reuters menurunkan penarafan semalam adalah melalui sumber. Penurunan penarafan itu tidak memberi kesan kepada penerbangan sedia ada.

Ketika ini AirAsia X Bhd. merupakan hanya syarikat penerbangan Malaysia yang menawarkan perkhidmatan ke Amerika Syarikat (AS), dari Kuala Lumpur ke Honolulu melalui Osaka, Jepun.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi satu kenyataan berkata, ia kesal dengan keputusan kajian semula FAA 2019 pada April lalu itu namun memohon agensi AS itu menilai semula pada tahun depan.

FAA berkata, penarafan itu bermakna CAAM mempunyai kekurangan dalam satu bidang atau lebih, ‘seperti kepakaran teknikal, kakitangan terlatih, penjagaan rekod, dan/atau prosedur pemeriksaan’.

CAAM berkata, ‘dalam menjalankan tugasnya sebagai pengawal selia penerbangan, terdapat beberapa kekurangan. Kami berharap untuk memberi penekanan bahawa penilaian itu hanya meliputi peranan CAAM sebagai pengawal selia penerbangan’.

CAAM berkata, ‘rancangan sedang berjalan bagi memanjangkan dapatan audit’ dengan objektif mendapat semula penarafan Kategori 1.

CAAM menambah, Ketua Eksekutifnya telah meletak jawatan pada 1 November lalu dan satu jawatankuasa eksekutif mengawasi operasi.

Para pegawai AS memberitahu Reuters bahawa kerajaan negara itu sedang bekerjasama dengan CAAM dan akan membantu negara Asia Tenggara tersebut mencapai standard antarabangsa yang akan memberikan penarafan Kategori 1.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak tahu mengenai perincian penurunan penarafan itu.

“Jika ada sesuatu yang tidak betul dengan pihak berkuasa penerbangan kami, kami akan mengambil langkah, kami akan membetulkan situasi itu,” katanya kepada pemberita.

Penarafan baharu itu bermakna syarikat-syarikat penerbangan Malaysia ketika ini dilarang menawarkan perkhidmatan ke AS. Mereka juga tertakluk kepada pemeriksaan tambahan di lapangan terbang AS.

Di bawah Kategori 2, FAA juga tidak mebenarkan pengaturan perkongsian kod antara syarikat penerbangan AS dan Malaysia.

Penurunan penarafan itu meletakkan Malaysia sama kategori dengan Thailand yang penarafannya diturunkan ke Kategori 2 pada Disember 2015 dan sejak itu negara tersebut masih tidak berjaya naik ke Kategori 1.

Negara lain yang berada dalam Kategori 2 ialah Bangladesh, Ghana dan Costa Rica. – Agensi

Tags: Amerika Syarikatruang udara Malaysiasyarikat penerbangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd