• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Lagi Terkejut Najib Terkejut” – Mahathir

oleh
12/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – “Saya lagi terkejut (apabila) Najib terkejut,” kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam reaksinya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintah Datuk Seri Najib Razak membela diri terhadap tujuh pertuduhan penyelewengan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd.

Menurut Dr. Mahathir, seluruh dunia mengetahui pembabitan Najib dalam skandal tersebut.

“Perbicaraan ambil masa berbulan-bulan, itulah cara kita mentadbir kerajaan,” katanya.

Menurutnya, pentadbiran Pakatan Harapan berbeza dengan Barisan Nasional.

“Bukan seperti mereka yang menahan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.

“Itulah cara mereka, menahan tanpa bertanya tetapi prosiding Najib berjalan lancar, diberi ikat jamin malah berpeluang pergi berkempen,” katanya.

Beliau berkata, kebebasan yang dialami Najib kerana kerajaan berlembut dan mengikut rule of law.

“Seperti hari itu, Najib sakit mata tetapi masih boleh pergi kempen tetapi pergi mahkamah, tidak boleh pula,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di sini hari ini.

Terdahulu, peguam Najib, Tan Sri Dr. Shafee Abdullah menyatakan anak guamnya terkejut terhadap keputusan mahkamah.

Menyentuh mengenai dakwaan wujudnya campur tangan beliau dalam keputusan mahkamah itu, Dr. Mahathir mencabar mana-mana pihak yang mempunyai bukti untuk tampil mengemukakannya.

“Buktikan (campur tangan), saya tidak pernah campur tangan,” katanya.

Memberi contoh UMNO yang dipimpinnya diharamkan pada 1988, Dr. Mahathir berkata, beliau mengikut segala prosedur dalam menangani isu tersebut.

“Pada masa mahkamah mengharamkan (UMNO), saya lalui dengan cara betul,” katanya.

Petang tadi, anggota Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam mendakwa wujud campur tangan Mahathir membabitkan kes dihadapi bekas perdana menteri itu. – Sinar Harian

Tags: Mahathir MohamadNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd