• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Azhar Idrus Keluar Wad Hospital Hari Ini

oleh
11/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dibenarkan pulang, hari ini, selepas menjalani pembedahan dan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) susulan insiden terjatuh basikal, Isnin lalu.

Seorang kenalan rapat beliau yang hanya ingin dikenali sebagai Man, memaklumkan keadaan UAI bertambah baik dan memuaskan, sekali gus dibenarkan keluar wad hospital pada jam 12 tengah hari tadi.

“UAI sudah pulih, cuma memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya di rumah.

“Beliau ada memberitahu saya bahawa dirinya sudah tidak sabar untuk kembali memberi kuliah di masjid dan surau seperti biasa.

“Selama ini, UAI tidak pernah berehat panjang daripada memberi ceramah tetapi apabila ditimpa ujian ini, beliau memerlukan masa lama untuk berehat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ditanya mengenai gambar UAI bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K yang tular dalam media sosial pula, beliau berkata suami kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu memang sudah lama bercadang melawat UAI.

“Sabtu lalu, Datuk K berkesempatan melawat UAI di wad. Namun, kehadiran beliau tidak disertai isterinya. Terkejut juga saya apabila Datuk K bersama rakannya datang ke wad UAI.

“Datuk K memberitahu kami, beliau ada urusan di Kemaman lalu meneruskan perjalanan ke HSNZ untuk melawat UAI,” katanya.

Beliau berkata, ramai kenalan rapat UAI daripada pelbagai latar belakang turut melawat secara mengejut, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu dan penceramah bebas lain.

“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Sekarang, UAI akan menyambung rehat di kediamannya pula.

“Kami terpaksa merahsiakan terlebih dahulu lokasi rumah UAI kerana bimbang akan dikunjungi terlalu ramai pengikutnya sehingga keadaan tidak terkawal.

“Apabila UAI sihat sepenuhnya nanti, beliau sendiri akan ke tempat mereka untuk memberi ceramah. Oleh itu, kami berharap peminat UAI bersabar dan memahami situasi beliau sekarang,” katanya.

Man berkata, pihaknya difahamkan bahawa UAI memerlukan masa sekurang-kurang sebulan untuk pulih sepenuhnya sebelum kembali berceramah.

“Sama ada cepat atau lambat tempoh untuk UAI kembali berceramah, bergantung kepada beliau sendiri.

“UAI ada memberitahu saya, beliau sudah bosan berada di katil dan ingin secepat mungkin berceramah seperti biasa,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang Isnin lalu, UAI dilaporkan patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh basikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya. – BH Online

Tags: penceramah bebasterjatuh basikalUstaz Azhar Idrus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Sebar Video Aib Isteri Tidak Miliki Tauliah Beri Ceramah Agama Sejak 2022

Lelaki Sebar Video Aib Isteri Tidak Miliki Tauliah Beri Ceramah Agama Sejak 2022

06/07/2025
0

SHAH ALAM: Tauliah mengajar agama penceramah bebas yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes penyebaran video seks isterinya, ditarik...

Kuliah Maghrib UAI Bukan Batal Tetapi Ditangguh

Kuliah Maghrib UAI Bukan Batal Tetapi Ditangguh

16/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Program kuliah Ustaz Azhar Idrus yang dijadual diadakan di sebuah masjid di Bandar Tun Razak, Cheras di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd