• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Gagal Dapatkan Kebenaran Cabar Sekolah Vernakular

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pasukan peguam bagi kes mencabar keabsahan sekolah vernakular pertimbang akan melakukan ‘sesuatu’ di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan Mahkamah Persekutuan tidak memberi kebenaran untuk meneruskan prosiding itu.

Peguam, Datuk Shaharuddin Ali berkata, pihaknya akan memulakan tindakan tersebut selepas meneliti alasan penghakiman Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed.

“Selepas baca penghakiman tersebut, Insya-ALLAH kita akan lakukan sesuatu di mahkamah tinggi kelak,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan hari ini, beliau berkata, pihaknya terkejut dengan keputusan itu.

“Reaksi pertama saya, kita terkejut. Terkejut dengan keputusan ini,” katanya kepada media di luar mahkamah di sini.

Menurutnya, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa mahkamah itu bukanlah sesuai untuk mendengar permohonan tersebut.

“Kita menunggu dahulu alasan penghakiman kerana terlalu banyak isu yang dibincangkan oleh Yang Arif,” katanya.

Pada 23 Oktober lalu, peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan satu usul di bawah Perkara 4 (3) Perlembagaan Persekutuan memohon perisytiharan terhadap pindaan Akta Pendidikan 1996 untuk membenarkan sekolah vernakular terus wujud sebagai tidak berperlembagaan. – Sinar Harian

Tags: mahkamahPeguamSekolah Vernakular
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

10/11/2026
0

KAJANG - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan keluar dari pekarangan Kompleks Penjara...

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat  – Isham Jalil

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat – Isham Jalil

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang kini bersama PAS, Isham Jalil berpandangan mahkamah yang sama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd