• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komik Propaganda: Polis Temu Bual Pakar Sejarah Esok

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan sesi temu bual bersama pakar sejarah dari universiti tempatan bagi membantu siasatan kes komik propaganda bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama’, esok.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, memaklumkan pihaknya juga akan terus merakam keterangan daripada pakar sejarah terbabit.

Bagaimanapun, Mior Faridalathrash tidak mendedahkan secara terperinci siapa pakar sejarah yang akan ditemu bual itu.

Difahamkan, perincian lanjut mengenai latar belakang pakar itu dan berapa ramai yang ditemu bual akan dimaklumkan kemudian selepas selesai mendapatkan pandangan daripada pakar berkaitan.

“Esok, pasukan penyiasatan akan menemu bual pakar Fakulti Sejarah dari sebuah universiti tempatan, kita akan terus rakam percakapan beliau,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Pada 28 Oktober lalu, PDRM dilaporkan akan mengatur sesi temu bual bersama pakar sejarah dari universiti tempatan bagi membantu siasatan kes komik propaganda bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama’.

Mior Faridalathrash dilaporkan berkata, temu bual itu membolehkan pihaknya mendapatkan pandangan pakar berhubung fakta yang terkandung dalam komik itu bagi melengkapkan kertas siasatan.

Pada 23 Oktober lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan pengharaman ke atas komik itu kerana mengandungi propaganda negatif dan menggugat ketenteraman.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan laporan awal oleh bahagian keselamatan kementerian itu mendapati terdapat perkara yang tidak betul dalam komik berkenaan, sekali gus wajar untuk tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang menerbit dan mengedarkan komik tersebut.

Pada hari yang sama, tiga individu, termasuk bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung penerbitan dan pengedaran komik itu. – BH Online

Tags: DAPkomik propagandaKomunispakar sejarahPDRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd