• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghinaan Terhadap Mayat, Waris Si Mati – Mufti

oleh
08/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERBUATAN mengambil gambar perkahwinan di kawasan perkuburan bukan Muslim dianggap penghinaan terhadap mayat-mayat bahkan perbuatan itu juga boleh menyinggung perasaan waris si mati, oleh itu ia sama sekali tidak dibenarkan, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Jangan kerana inginkan kelainan sehingga kita melakukan perkara yang boleh mengundang fitnah dan cerca orang ramai.

“Apatah lagi jika ianya dibuat untuk suka-suka, carilah tempat lain yang lebih sesuai.

“Perbuatan seumpama itu boleh menyebabkan Islam dan penganutnya dipandang serong oleh penganut agama lain, sekaligus menjauhkan mereka dari Islam,” katanya menerusi kenyataan Irsyad Al-Fatwa siri ke 327: Hukum Mengambil Gambar Perkahwinan di Tanah Perkuburan, yang dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hari ini.

Menurut Zulkifli lagi, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Mematahkan tulang mayat adalah seperti mematahkannya ketika hidup.”

Kata beliau, Maulana Sheikh Syamsul Haq ‘Azim Abadi menukilkan pandangan Al-Tibi berkenaan hadis berkenaan bahawa tidak boleh untuk menghina mayat dengan cara apa sekalipun kerana penghinaan terhadap mayat adalah seperti menghina ketika dia masih hidup.

Katanya, ia jelas menunjukkan bahawa apa sahaja bentuk penghinaan terhadap mayat sama ada perbuatan atau percakapan adalah tidak dibenarkan.

“Apatah lagi jika mengambil gambar dengan pelbagai gaya yang tidak sepatutnya dilakukan di tanah perkuburan, ia juga boleh dianggap sebagai satu bentuk penghinaan.

“Tambahan lagi, apa yang perlu diperhatikan adalah kesan dari setiap perbuatan yang di lakukan kerana jika perbuatan itu dilihat lebih jauh, ianya boleh menimbulkan kemarahan penganut agama Kristian yang akhirnya nanti mereka akan melakukan perkara yang sama di perkuburan orang Islam,” katanya.

Jelas Zulkifli lagi, menziarahi kubur adalah harus sama ada untuk kubur Muslim ataupun yang bukan Muslim.

Kata beliau, tujuan menziarahi kubur sebenarnya adalah untuk mengingatkan kepada kematian yang sememangnya akan dirasai oleh setiap manusia dan perlu menghormati peraturan dan adab.

“Jika yang diziarahi adalah kubur Muslim , maka disunatkan untuk memberi salam dan berdoa untuknya.

“Selain itu, orang ramai juga tidak boleh untuk duduk di atas kubur serta banyak lagi adab-adab lain ketika hadir menziarahi kubur seperti tidak bercakap perkataan yang buruk, tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan fitnah dan sebagainya.

“Justeru kami melihat perbuatan mengambil gambar perkahwinan di perkuburan orang Kristian dengan alasan suka-suka dan ingin buat kelainan adalah satu perbuatan yang tidak dibenarkan dan bukan sahaja boleh mengundang fitnah bahkan perbuatan itu bercanggah dengan nas yang memerintahkan kita untuk menghormati perkuburan dan mayat sekalipun yang bukan Islam,” katanya.

Baru-baru ini tular di Facebook mengenai gambar sesi fotografi butik pengantin di kawasan perkuburan Kristian di Batu Pahat, Johor.

Gambar berkenaan jelas mengundang kemarahan netizen yang kurang senang dengan tindakan jurugambar itu kerana seolah-olah tidak menghormati sensitiviti agama.

Pemilik butik pengantin yang juga jurugambar terbabit, Nur Amirah Mohd Amiruddin, bagaimanapun tampil mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung. – myMetro Online

Tags: gambar perkahwinankubur kristianMufti Wilayah Persekutuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Saran Joe Branko Hasilkan Lagu Ketuhanan

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Saran Joe Branko Hasilkan Lagu Ketuhanan

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menerima kunjungan hormat legenda rock tanah air, Joe Branko dan Eddie hari ini....

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd