• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim, Timbalan Pendakwa Raya, Peguam Dituduh Terima Suapan

oleh
06/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Hakim Mahkamah Sesyen, Azmil Muntapha Abas, Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azhwa Yusrie Mohamad dan Noor Amirul Nazreen Anas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM17,500 di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Baru, pada 17 Julai 2019.

Menurut kertas pertuduhan, suapan itu diterima daripada Wong Chiew Hoong sebagai upah kepada Azmil Muntapha selaku Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu untuk menjatuhkan hukuman denda sahaja bagi 7 pendatang asing tanpa izin (Pati) mengikut perenggan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Allan Sumai Pillai di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Rozilah Salleh.

Ketiga-tiga tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah perenggan 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) Akta sama.

Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga suspek boleh dipenjarakan tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima ganda atau nilai suapan atau RM10,000.

Terdahulu Allan memohon agar jumlah jaminan dikenakan tidak kurang RM100,000 dan pasport perjalanan perlu diserahkan kepada mahkamah susulan kes itu merupakan kali pertama dalam sejarah negara melibatkan seorang hakim, pendakwa raya dan peguam.

Bagaimanapun peguam ketiga-tiga suspek memohon Hakim Rozilah mempertimbangkan jumlah jaminan, masing-masing RM5,000; RM2,500 dan RM8,000.

Azmil Muntapha diwakili peguam Ridha Abdah Subri, Sheelanarjunan, M.Jagesh Mehalingam dan Gregory Santiago, manakala Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azhwa diwakili peguam Shahidah Muslimah Roslan dan Noorhidayah Mohd Saad.

Sementara seorong lagi tertuduh, yang juga peguam Noor Amirul diwakili oleh peguam Mohd Zulkifli Omar dan Nur Fatin Mohamad Zain.

Bagaimanapun Hakim Rozilah memutuskan jaminan bagi ketiga-tiga suspek dikenakan sebanyak RM12,000 setiap seorang dan pasport perjalanan perlu diserahkan kepada mahkamah.

Hakim Rozilah turut memberi peringatan kepada semua penjamin agar memastikan tertuduh hadir sepanjang tempoh perbicaraan, memandangkan kes itu merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Selain itu, Hakim Rozilah menegaskan bahawa penjamin perlu memaklumkan kepada mahkamah sekiranya tertuduh sakit atau ada halangan lain dan bukannya dimaklumkan melalui peguam bela.

Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan 19 Disember ini sebagai sebutan semula kes berkenaan.

Tags: hakim mahkamah sesyenPeguamterima suapantimbalan pendakwa raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd