• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyatuan UMNO-PAS Terus Hantui PH, Guan Eng – Tok Mat

oleh
05/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa penyatuan UMNO dan PAS terus menghantui Pakatan Harapan (PH) terutama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Jelas Mohamad, kenyataan Guan Eng kepada masyarakat bukan Islam bahawa mereka akan menghadapi kesengsaraan apabila UMNO dan PAS memerintah menunjukkan beliau seorang yang anti akal, tidak rasional dan tidak waras.

“Kepada Guan Eng, jika pemikiran politik kamu yang jumud menjadi sandaran, makanya Malaysia Baru itu adalah Malaysia yang amat prejudis terhadap Islam dan bangsa Melayu… dan bukannya hanya sekadar bencikan UMNO dan PAS sahaja.

“Seluruh rakyat bukan Islam di Malaysia. Bersaksikan pemerintahan selama lebih enam puluh tahun, UMNO/BN dan PAS adalah pergerakan politik yang rasional, waras dan patuh Perlembagaan,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya di sini hari ini.

Dalam pada itu Mohamad menegaskan bahawa orang Melayu bukan bangsa yang bengis dan menindas sebaliknya berpegang kepada ajaran Islam yang bukan sahaja memberikan hati nurani dan akal yang baik.

Ujar beliau, disebabkan itulah orang Melayu di negara ini boleh menerima jutaan orang Cina dan India serta menjadikan mereka warganegara, Persekutuan Tanah Melayu.

“Mengiktiraf, memberikan hak yang saksama dan menjadikan mereka sebahagian dari tanah air ini.

“Semoga Guan Eng tidak lupa, bahawa itu semua adalah keputusan berani dan benar oleh pemimpin Melayu dalam UMNO pada waktu itu,” katanya.

Tambah Mohamad, UMNO dan PAS adalah pergerakan politik yang mempunyai ideologi serta agama.

“Agama Islam kami itu bukan sekadar solat dan puasa. Ia adalah warna, nadi dan cara hidup kami.

“Mana mungkin akan kami zalimi bangsa bukan Islam dan bukan Melayu sedangkan ia ditegah oleh agama kami,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Lim Guan EngMohamad Hasanpakatan harapanPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd